• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah Menyumbang Kepada Peningkatan Kos Sara Hidup

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rasuah dalam pemerolehan awam mempunyai kaitan langsung dengan peningkatan kos sara hidup, menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini kerana jumlah wang yang diterima sebagai suapan dalam mana-mana projek awam akan ditambah pada kos muktamad, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mustafar Ali.

“Ini akan menjejaskan semuanya, kos sara hidup, kos bangunan …” katanya dalam satu sesi pada Forum Tahunan Pemerolehan Negara dan Integriti Bagi Sektor Awam dan Swasta 2016 di sini hari ini.

Mustafar menjawab soalan seorang peserta yang bertanya sama ada rasuah mempunyai sebarang pengaruh terhadap peningkatan kos sara hidup.

Terdahulu, semasa membentangkan kertas kerja bertajuk “Menangani Rasuah Pemerolehan”, beliau berkata dianggarkan amalan rasuah menyebabkan negara menanggung kerugian sehingga dua peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar.

Ini menunjukkan “amalan ini bukan sahaja menjejaskan perniagaan individu tetapi mempunyai kesan yang jauh lebih besar meliputi pembangunan sosial dan ekonomi negara”, katanya.

Bagi memperbaiki keadaan itu, Mustafar berkata Malaysia melonjak ke tangga keeenam dalam Laporan Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2014 berikutan langkah mengurangkan interaksi fizikal bagi permit dan kelulusan.

“Ini secara tidak langsung turut membataskan peluang bagi berlakunya rasuah,” katanya. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd