• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Warga Asing Terbabit Dengan Dadah

oleh Ahmad Albab
03/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ramai warga asing di ibu negara yang terbabit dengan gejala penyalahgunaan dadah dan warga Myanmar yang majoritinya merupakan pemegang kad Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) mencatat jumlah tertinggi dalam kalangan mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Wan Abdullah Ishak berkata masing-masing pada tahun 2015 dan 2014, seramai 603 dan 695 orang warga Myanmar yang 80 peratus daripada mereka merupakan pemegang kad UNHCR telah ditahan.

Beliau berkata pada tahun 2015 sahaja, seramai 44 daripada mereka ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

“Ini adalah jumlah tertinggi dalam kalangan warga asing bagi kesalahan yang sama. Kebanyakan mereka ditahan adalah lelaki dan bekerja sebagai buruh kasar, pekerja am seperti di stesen minyak, kerja-kerja pembersihan, selain ada antara mereka bekerja di pasar-pasar borong.

“Hanya sekitar 0.7 peratus yang ditahan adalah wanita,” katanya kepada Bernama.

Berdasarkan statistik bagi kedua-dua tahun itu, warga Myanmar yang ditahan mencatatkan jumlah hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding warganegara asing lain.

Wan Abdullah berkata warganegara kedua tertinggi yang ditahan adalah Indonesia iaitu seramai 204 orang tahun lepas dan 157 pada tahun sebelumnya, dengan jumlah wanita dan lelaki yang ditahan hampir seimbang.

Manakala ketiga tertinggi ialah warga Vietnam dengan jumlah 173 orang pada tahun lepas dan 145 pada tahun sebelumnya, namun majoriti yang ditahan adalah wanita, kata beliau.

“Wanita Vietnam yang ditahan itu bukan penagih dadah, tetapi mereka mengambil dadah semata-mata untuk melayan pelanggannya,” katanya sambil menambah polis sering kali menahan suspek di beberapa lokasi termasuk hotel bajet, pusat hiburan dan kondominium mewah.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata pihaknya turut mengesan penglibatan warga Iran, Pakistan dan Nigeria yang terlibat dalam proses penghasilan dadah sintetik.

Pada tahun 2015, seramai 13 warga Iran, Pakistan (47) dan Nigeria (37) yang ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah, yang majoriti warga Iran dan Pakistan ditahan dalam lingkungan umur 48 hingga 52 tahun, manakala warga Nigeria yang ditahan terdiri daripada pelajar universiti dan kolej.

“Tiga kelompok ini mempunyai kemahiran yang tinggi kerana mereka telah mempelajari daripada negara asalnya. Mereka juga telah banyak membuat kajian mengenai cara penghasilan dadah, ini secara tidak langsung memudahkan mereka untuk menghasilkan barang terlarang itu apabila berada di negara ini,” kata Wan Abdullah.

Jelas beliau, dadah sintetik diproses di dalam negara dengan mencampurkan pelbagai jenis bahan yang dibawa masuk dari negara lain.

“Sekiranya mereka membeli satu persatu ia tidak dianggap dadah kerana belum siap diproses dan belum lagi siap menjadi dadah. Mengikut peruntukan undang-undang, bahan itu bukanlah dikategorikan sebagai bahan yang terlarang dan tidak jadi satu kesalahan.

“Bahan itu menjadi terlarang apabila siap diproses menjadi dadah dan taktik itu sebenarnya salah satu cara yang baru dibuat oleh sindiket ini,” jelasnya.

Mengenai tahun 2016 yang diumumkan sebagai tahun membasmi dadah secara besar-besaran oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad lepas, Wan Abdullah berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa lokasi panas di sekitar Kuala Lumpur yang sering dijadikan laluan golongan itu bagi meloloskan diri dari pihak berkuasa.

Ini menurutnya termasuk stesen dan depot pengangkutan awam, hotel dan apartmen.

Beliau menambah pihaknya menempatkan sejumlah anggota bagi membuat intipan dan risikan di lokasi tertentu dengan kerjasama masyarakat setempat sebelum membuat serbuan ke atas mereka.

“Bagi mengenal pasti penjenayah yang membawa barang terlarang ini tidak sukar. Sebagai contoh apabila mereka tiba di stesen keretapi, polis boleh mengesan pergerakan suspek yang mencurigakan berdasarkan ‘body language’ (gerak geri), cara mereka membawa beg, perasaan takut-takut ketika menunggu seseorang.

Kita boleh tahu,” katanya yang menjelaskan pihaknya turut bekerjasama dengan lain-lain agensi dalam membanteras kegiatan dadah. – BERNAMA

Tags: kes dadahwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd