• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Makin Kurang, Singapura Tutup Puluhan Sekolah

oleh
08/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Sebanyak 22 sekolah menengah akan bergabung sepanjang dua tahun akan datang akibat saiz kohort pelajar yang semakin kecil, menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Pendidikan Singapura (MOE).

Ini merupakan penggabungan sekolah yang terbesar dilakukan sejak lima tahun lalu dan MOE menyalahkan keadaan itu disebabkan kadar kelahiran bayi baharu yang kian merosot di Singapura sejak dua dekad lalu.

Ini menyebabkan permintaan bagi tempat-tempat dalam sekolah turut berkurangan sekali gus mengakibatkan berlaku situasi “tempat-tempat untuk murid sekolah menengah yang amat berlebihan di peringkat nasional”.

Tujuh daripada 22 sekolah itu tidak menerima seorang pun pelajar Menengah 1 bagi 2016, susulan pendaftaran tamat. Hanya 38,600 pelajar dimasukkan ke sekolah-sekolah menengah selepas pendaftaran Menengah 1 itu.

Sekolah menengah yang akan bergabung pada Januari 2017

  • Balestier Hill dan Beatty – sekolah yang disepadukan akan terletak di Sekolah Menengah Beatty
  • Henderson dan Bukit Merah (sekolah akan terletak di Sekolah Menengah Bukit Merah)
  • MacPherson dan Broadrick (sekolah akan terletak di Sekolah Menengah Broadrick)
  • North View dan Northland (sekolah akan terletak di Sekolah Menengah Northland)
  • Pioneer dan Boon Lay (sekolah akan terletak di Sekolah Menengah Boon Lay)
  • Siglap dan Coral (sekolah akan terletak di Sekolah Menengah Coral)
  • Si Ling dan Marsiling (sekolah akan terletak di Sekolah Menengah Marsiling)

Senarai yang akan bergabung pada Januari 2018

  • Bedok North dan Damai (sekolah akan terletak di Sekolah Menengah Damai)
  • Bishan Park dan Pierce (sekolah akan terletak di Sekolah Menengah Pierce)
  • Chong Boon dan Yio Chu Kang (sekolah akan terletak di Sekolah Menengah Yio Chu Kang)
  • Greenview dan Loyang (sekolah akan terletak di Sekolah Menengah Loyang).

sg school1

“Jumlah pelajar yang mencukupi diperlukan bagi sesebuah sekolah untuk menawarkan pelbagai pilihan program pendidikan dan kegiatan luar darjah bagi para pelajarnya,” menurut MOE yang dipetik stesen Channel NewsAsia.

“Sekolah menengah dengan jumlah kemasukan pelajar yang amat rendah akan mendapati agak mencabar untuk menawarkan pelbagai pilihan program pendidikan terbaik akibat bilangan pelajar yang terlalu kecil tidak ekonomi.

“Ini akan menjejaskan pengalaman proses pembelajaran pelajar terbabit secara lebih praktikal,” menurut kenyataan dikeluarkan kementerian tersebut yang disiarkan agensi berita rasmi tempatan MediaCorp Singapura.

Nama sekolah yang disepadukan itu bagaimanapun belum lagi diputuskan dan MOE menyatakan bahawa sekolah-sekolah tersebut dikenal pasti untuk bergabung berdasarkan banyak faktor seperti saiz kemasukan pelajar.

Pihak kementerian turut mengambil kira aspek kemudahan dan keupayaan untuk menampung pelajar yang ramai serta lokasi sekolah pula dipilih kerana berhampiran pengangkutan awam, mutu bangunan dan prasarananya.

MOE menambah ia akan bekerjasama dengan pihak sekolah itu untuk memastikan proses peralihan berjalan lancar malah lokasi baharu juga bakal menempatkan ruang warisan bagi mempamerkan sejarah sekolah asal.

Sebelum ini, dua pasangan sekolah telah disepadukan pada 2011, sementara empat pasangan sekolah yang bergabung sudah mula beroperasi awal tahun ini akibat kes kekurangan murid. – Agensi/Myewshub.cc/HAA

Baca: Murid Sekolah Singapura Tidak Cukup Tidur Malam

Juga: 1,000 Murid Miskin Singapura Dapat Sarapan Percuma

 

Tags: Singapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd