Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Pusat Tahfiz Akan Beroperasi...

KUALA LUMPUR - Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di...

Duda Tiga Anak, Remaja...

ALOR SETAR - Seorang duda tergamak membawa anak perempuannya berusia 11 tahun ke...

Do Dong-Hyun Pemain Import...

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terus memperkuatkan jentera serangan skuad...

Tiga Penyokong Bola Sepak...

CONAKRY (Guinea) - Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban apabila bom tangan meletup di sebuah...

Raja Farah Mudah Terasa Sejak Hamil, Suami Pandai Ambil Hati

TERDAHULU Raja Farah pernah dicela orang ramai kerana konon dikatakan tidak boleh mengandung atau mandul, namun Allah Maha berkuasa.

Ini kerana Maha Esa mengurniakan khabar gembira kepada dia dan suami setelah pulang dari mengerjakan umrah di Tanah Suci pada Disember tahun lalu.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 28, kini sedang hamil hampir 5 bulan, bagaimanapun merasai perubahan dalam dirinya terutama dari segi emosi.

Ini apabila dia dikatakan mudah terasa hati hingga suaminya, Iskandar Ismail, 34, cukup berhati-hati setiap kali mereka berbual.

12407195_832177570261568_674539501_n

Walaupun kandungannya mencecah lima bulan, dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan yang teruk seperti kebanyakan wanita lain.

“Sudah hampir lima bulan kandungan ini, syukur saya tidak mempunyai sebarang alahan. Cuma saya mudah penat, selain mengalami perubahan emosi yang ketara. Saya mudah sensitif dan senang menangis.

“Suami pula risau jika mahu menegur sesuatu perkara kerana saya mudah sensitif. Alhamdulillah, dia bijak mengambil hati supaya saya tidak mudah terguris hati,” katanya kepada sebuah portal akhbar online.


1172823_863615697098766_436536584_n

Raja Farah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 2010 namun bercerai pada 25 Mei tahun lepas.

Dia mengahwini Iskandar pada 6 September lalu di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Ia adalah perkahwinan kedua pelakon kelahiran ibu kota itu yang dikenali menerusi filem Apa Kata Hati, Anak Halal, Maut dan Aku Masih Dara.

“Saya pernah melalui tempoh kesedihan selepas bercerai pada tahun lalu. Namun, tiga bulan selepas itu, kebahagiaan kembali dirasai.

“Saya berkahwin dengan Iskandar, seterusnya bersama-sama menunaikan ibadah umrah, saya dikhabarkan dengan berita gembira apabila disahkan hamil sejurus pulang dari Makkah,” ujarnya kepada sebuah portal hiburan. –MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori