Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

KPKT Batal 26,108 Lesen...

PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membatalkan 26,108 lesen peniaga kerana...

Polis Serbu Kondominium Mewah,...

GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang menyerbu sebuah kondominium mewah yang dijadikan pusat perjudian...

Kisah Sebenar Kucing Digantung...

SEMALAM kecoh di media sosial perihal seekor kucing hitam yang digantung di hadapan...

Tindakan Tegas Kepada Peniaga...

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan memberi...

Rafizi Ramli Dipanggil Polis Beri Keterangan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan merangkap pakar propaganda Pakatan Harapan, Rafizi Ramli mendakwa beliau telah dihubungi oleh pihak polis untuk diambil keterangan.

Beliau tidak menyatakan melibatkan kes apa tetapi dipercayai berkaitan tindakannya mendedahkan dokumen yang didakwa tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Saya telah menerima panggilan dari pengawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini mendedahkan dokumen yang menurutnya tertakluk bawah OSA bagi membuktikan dakwaan kaitan 1MDB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Beliau yang juga Naib Presiden PKR mendakwa, kaitan itu mungkin menjejaskan keupayaan LTAT untuk membayar pampasan atau gratuiti kepada veteran tentera yang telah bersara.


Bagaimanapun, LTAT dalam satu kenyataan pada 22 Mac lalu mendakwa kenyataaan Rafizi itu tidak benar dan berniat jahat kerana pembayaran gratuiti kepada semua ahli-ahli anggota tentera yang telah tamat perkhidmatan dan mengemukakan permohonan lengkap telah selesai dibuat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kelmarin berkata, pihaknya sedang memeriksa jika dokumen yang didedahkan Rafizi adalah sebahagian daripada Laporan Ketua Audit Negara yang diklasifikasikan sebagai OSA.

Khalid dipetik berkata, sekiranya terbukti bahawa dokumen itu diklasifikasikan sebagai rahsia polis akan menyiasat pihak yang membocorkannya. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori