• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Radja Tepis Dakwaan Konon Mula Bersikap Diva

oleh AK-47
06/03/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN band terkenal dari Indonesia iaitu Radja menyangkal dakwaan mereka bersikap diva dan sering membuat permintaan tidak masuk akal.

Ia susulan ada khabar mendakwa pihak penganjur persembahan di Malaysia konon enggan menjalinkan lagi aa-apa kerjasama dengan mereka.

Vokalisnya iaitu Ian Kasela berkata, Radja tidak pernah bertindak di luar batasan  sebaliknya sentiasa terbuka dalam syarat-syarat dikemukan apabila menerima sebarang tawaran.

Menurut sebuah portal berita ‘online’, kumpulan terbabit menafikan dakwaan bahawa mereka bersifat diva atau ‘demand’ berkaitan syarat dan terma bagi menjayakan konsert atau persembahan yang digariskan pihak Malaysia.

Seandainya mereka bersikap sedemikian, masakkan kumpulan ini mampu bertahan selama 15 tahun dalam industri hiburan, ujar vokalis kumpulan itu kepada portal berita tersebut.

Anggota Radja yang dianggotai oleh Ian Kasela sebagai vokalis, Moldy selaku gitaris, Indra pemain ‘bass’ dan Seno pemain drum, tampil dengan single terbaharu mereka yang berjudul Setia.

Radja 1

Menurut mereka lagi, keinginan untuk mengadakan persembahan di Malaysia terpaksa ditangguh kerana jadual persembahan di Indonesia yang terlalu padat.

Ia juga susulan penarikkan diri oleh dua ahli kumpulannya iaitu Indra dan Seno daripada terus menganggotai kumpulan terbabit.

CaptureB

Pengunduran dua ahli kumpulannya itu bukanlah disebabkan konon berlakunya perselisihan antara mereka tetapi Indra dan Seno ingin mencuba perkara baharu.

“Indra dan Seno keluar daripada Radja pada 2010 tetapi ia bersifat sementara kerana Indra menyambung pengajian di universiti manakala Seno masih dalam bidang muzik tetapi belakang tadbir.

“Bagaimanapun tahun lalu kami kembali bersama sebagai sebuah band dan single terbaharu kami iaitu Setia adalah projek pertama selepas bergabung,” jelasnya kepada portal berita ‘online’ tersebut.

Antara perancangan kumpulan Radja adalah untuk mengadakan satu konsert jelajah dan Kuala Lumpur antara destinasi dalam perancangan tersebut.

Konsert itu bakal diadakan pertengahan tahun ini serta melancarkan album terbaru mereka.- MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=JBYoHTa3mX4]

Tags: RADJAsingle baru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ubati Kerinduan, Radja Bakal ‘Serang’ Malaysia!

30/03/2018
0

HAMPIR 20 tahun mengukir nama di persada muzik, kini kumpulan dari negara seberang, Radja bakal mengadakan konsertnya di Malaysia sebagai...

Amira-Radin Mesra Rakan Baik, Tak Ada Sebab Lain

03/02/2018
0

KATA orang, mula-mula asyik usik-mengusik antara satu sama lain... Lama-lama nanti berjodoh pula! Hubungan 'mesra' antara penyanyi lagu Hati-Hati, Amira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd