• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Permata Kurnia: Pelaburan Masa Depan Anak Austisme – PM

oleh Ahmad Albab
31/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pusat autisme negara, Pusat Permata Kurnia, adalah pelaburan negara dalam memberikan intervensi awal untuk kanak-kanak autisme.

Beliau berkata pendekatan dan kaedah alternatif dalam intervensi awal kanak-kanak autisme dapat mengurangkan kos perkhidmatan penjagaan seumur hidup bagi kanak-kanak berkenaan.

“Apabila ada intervensi awal, dapat kurangkan kos ini (perkhidmatan penjagaan) yang ditanggung dan ditampung negara. Ini bermakna, ia memberi impak dalam masyarakat.

“Kita yakin inilah satu pelaburan untuk negara, ini bukan dana perbelanjaan tapi pelaburan untuk rakyat dan masa depan negara,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Permata Kurnia di Sentul di sini, hari ini.

Turut hadir isteri perdana menteri yang juga Penaung Program Permata Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Najib berkata Pusat Permata Kurnia menyediakan perkhidmatan sepenuh masa bagi kanak-kanak empat hingga enam tahun sebagai transisi persediaan sebelum memulakan pendidikan arus perdana.

Sekiranya kanak-kanak autisme berkenaan berpeluang memasuki sekolah aliran biasa, katanya, ia pasti tidak membebankan ibu bapa selain mereka berpeluang dibimbing menjadi tokoh negara.

Pusat Permata Kurnia, yang dibina dengan kos RM28 juta, mempunyai kira-kira 300 kanak-kanak autisme sejak beroperasi pada Disember tahun lepas, katanya sambil berharap pusat itu dapat dibina di negeri-negeri lain dan mempunyai guru berdedikasi mencukupi untuk membimbing kanak-kanak autisme hingga berjaya.

Perdana menteri berkata di Amerika Syarikat, terdapat kira-kira 1.5 juta kanak-kanak autisme dengan kos penjagaan seumur hidup seorang kanak-kanak autisme dianggarkan US$3.2 juta.

Najib juga berkata Permata kini mempunyai tujuh program sejak ia ditubuhkan pada 2006 dan sering menerima pengiktirafan dunia.

Baru-baru ini, Permata dicalonkan untuk Anugerah Tadbir Urus Baik Kanak-kanak Global bagi kategori Anugerah Kebajikan Kanak-kanak 3G di London dan bersaing dengan program dari Qatar, United Kingdom dan India, katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd