• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Transisi Pemain Skuad Kebangsaan Berjalan Lancar

oleh Ahmad Albab
28/03/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Proses transisi skuad kebangsaan antara pemain senior kepada pemain muda bagi meneruskan legasi bola sepak Malaysia sedang berjalan lancar, kata ketua jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee.

Beliau berkata apa yang penting sekarang ialah pemain senior mampu bekerjasama dan membimbing pemain muda dalam skuad Harimau Malaysia bagi memastikan usaha itu menjadi kenyataan.

Kim Swee berkata bagi membentuk sebuah pasukan mantap bagi menjadi pelapis kepada pemain senior, beberapa pemain tonggak muda dikenal pasti mampu menjadi watak penting dalam pasukan negara pada masa hadapan seperti pemain tengah Kelantan, Brendan Gan.

“Tetapi prestasi semasa mereka (pemain muda) ini terutama dalam liga amat penting, jika pemain itu (pemain tonggak) seperti Brendan bermain baik di sini, tetapi dalam liga selepas ini tidak bermain dengan baik, mereka tidak akan dipilih,” katanya di sini malam ini.

Beliau ditemui pada sidang media menjelang perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Macau di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini malam esok.

Turut hadir pada sidang media itu ialah penyerang negara Mohd Amri Yahyah, ketua jurulatih Macau Joseph Tam dan ketua pasukan Macau Paolo Cheng.

Mengenai perlawanan malam esok, Kim Swee berkata beliau berkemungkinan membuat sedikit perubahan dalam kesebelasan utama, berbanding ketika menentang Arab Saudi baru-baru ini.

Sementara itu, Tam mendedahkan pemainnya terdiri daripada pemain amatur yang bertugas antaranya sebagai guru dan penjawat awam, malah kapten pasukan berkenaan, Cheng adalah seorang guru.

Namun, beliau melaungkan amaran betapa anak buahnya akan berjuang habis-habisan untuk mengimbangi permainan Malaysia esok.

“Kami sedar Malaysia bakal menampilkan corak permainan pantas, maka kami akan cuba memperlahankan rentak permainan. Kami akan sentiasa berwaspada terhadap gerakan pemain-pemain Malaysia terutama ketua pasukan (Safiq Rahim) dan penyerang (Mohd Amri).

“Tetapi, apa yang penting kepada kami adalah untuk belajar dan menimba pengalaman dari Malaysia agar pasukan kami menjadi mantap pada masa akan datang,” kata Tam, yang bertugas sebagai editor kanan di sebuah stesen televisyen di Macau. – BERNAMA

Tags: Ong Kim Swee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kim Swee Sah Ketua Unit Pembangunan Belia FAM

21/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee sah kembali ke Persatuan...

“Mereka Banyak Bercakap, Inginkan Publisiti” – Kim Swee

06/12/2019
0

SEPANG - Ketua Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak senang dengan andaian ditimbulkan sesetengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd