Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Mahathir Sedia Jadi Saksi...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa beliau...

Najib Pengerusikan Mesyuarat MT...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mempengerusikan...

HSN 2018: Rakyat Seluruh...

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia mengambil peluang cuti Sabtu hari ini untuk beriadah...

Pippa Middleton Bertunang Dengan...

ADIK perempuan kepada pasangan diraja Britain, Kate Middleton dan Putera William iaitu Pippa...

Polis Kedah Sedang Kesan Individu Lain Terlibat Daesh

ALOR SETAR – Polis Kedah sedang mengesan individu lain yang disyaki terlibat Daesh di negeri ini dengan antaranya mendapatkan maklumat daripada individu yang ditahan kerana terbabit dengan kumpulan militan itu.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abd Jalil Hassan berkata individu yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 20-an, berasal dari Sik dan hanya bekerja kampung.

“Individu itu ditahan selepas kita menyedari kegiatannya…individu itu baru di peringkat memberi sokongan kepada Daesh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Polis Ke-209 Peringkat Kontinjen Kedah di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata seramai 11 lelaki dan empat wanita berusia 22 hingga 49 tahun telah ditahan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Terengganu dalam operasi Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas pada Selasa hingga semalam.

Sementara itu, Abd Jalil berkata Hari Polis itu disambut di dalan dewan berikutan cuaca panas.


“Kita telah mendapat kebenaran pihak atasan untuk mengadakan sambutan di dalam dewan ekoran cuaca panas kerana kita tidak mahu pegawai dan anggota polis terdedah kepada gelombang haba.

“Bersesuaian dengan tema tahun ini ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’, pihak polis akan memastikan keselamatan masyarakat dijaga bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti harian tanpa sebarang masalah,” katanya.

Selain Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang juga mengadakan sambutan di dalam dewan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Daesh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori