• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pindaan RUU MKN Perlu Dipercepatkan Demi Kebaikan Negara

oleh Ahmad Albab
20/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL – Pindaan kepada Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) harus dipercepatkan demi kebaikan negara khususnya dalam menangani ancaman pengganas, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

“Saya menyokong saranan Majlis Raja-Raja yang mahu rang undang-undang itu diperhalusi. Beberapa pindaan harus dibuat tanpa membuang masa demi kebaikan negara,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai saranan Majlis Raja-Raja supaya RUU MKN, yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Disember tahun lepas, diperhalusi lagi.

RUU itu memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan.

Terdahulu, Abu Zahar menghadiri majlis penutup Persidangan Intelektual dan Bengkel Graduan Muda yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat lepas, yang disertai 30 graduan daripada Negeri Sembilan.

Persidangan itu bertujuan mewujudkan budaya intelektual dan semangat menuntut ilmu dalam kalangan masyarakat serta memberi pendedahan kepada graduan berkaitan sosial, ekonomi dan sejarah. – BERNAMA

Tags: Abu Zahar Ujang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Abu Zahar Dedah DAP Punca 13 Mei 1969

27/12/2018
0

BONGKAR... Tragedi hitam yang badai negara, menyaksikan pertembungan berdarah antara kaum ketika 13 Mei 1969, berpunca akibat provokasi biadab anggota...

Rasuah Punca Tanah Simpanan Melayu Berkurang

15/08/2018
0

KUALA LUMPUR – Penyalahgunaan kuasa dan rasuah merupakan antara punca utama pengurangan Tanah Simpanan Melayu (TSM). Ketika mendedahkan perkara itu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd