• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persimpangan Bertingkat Kajang Utama Lancarkan Trafik 25,000 Pengguna

oleh Ahmad Albab
10/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Persimpangan bertingkat Kajang Utama di Lebuh Raya Kajang SILK yang dibuka hari ini bakal memberi manfaat kepada 25,000 pengguna untuk menikmati aliran trafik yang lebih lancar, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata persimpangan bertingkat berkenaan akan mula dibuka kepada lalu lintas bermula 10 malam ini dan akan mengurangkan kesesakan jalan raya di Persimpangan Jalan Reko, selain menjimatkan petrol dan masa pengguna.

“Dalam keadaan trafik yang lancar, tempoh perjalanan untuk ke Kajang Utama dari arah Kajang dan Putrajaya dijimatkan sehingga lima minit dengan pengurangan jarak perjalanan sebanyak 4 kilometer (km).

“Perjalanan dari Kajang Utama ke arah Semenyih dan Sungai Long, juga dapat dijimatkan tempoh perjalanan sehingga 8 minit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan persimpangan bertingkat berkenaan di sini hari ini.

Fadillah berkata, pembukaan persimpangan bertingkat Kajang Utama itu akan membawa kesan positif kepada pembangunan baharu iaitu Bandar Kajang 2 serta memberi keselesaan kepada penduduk beberapa taman perumahan berhampiran iaitu Taman Kajang Sentral, Taman Kajang Utama dan Taman Seri Mewah.

Katanya, persimpangan bertingkat berkenaan merupakan permintaan penduduk di kawasan Kajang Utama dan diluluskan melalui peruntukan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) dengan kos RM22.4 juta, merangkumi kos pembinaan dan perundingan.

“Pembinaan projek yang dipantau oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) ini dimulakan pada awal 2014 dengan tempoh pembinaan 24 bulan dan disiapkan pada akhir Januari,” katanya.

Sebelum ini, penduduk di kawasan sekitar Kajang Utama terpaksa melalui perjalanan yang lebih jauh dan berdepan dengan masalah kesesakan di sekitar persimpangan Jalan Reko terutamanya pada waktu puncak. – BERNAMA

Tags: Fadillah Yusof
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

17/03/2025
0

KUCHING: Pihak yang tidak terlibat dalam rundingan di antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) berhubung pengedaran...

4 Tuntutan MA63 Belum Ada Persetujuan – Fadillah

4 Tuntutan MA63 Belum Ada Persetujuan – Fadillah

12/09/2024
0

KOTA KINABALU : Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan empat perkara dalam rundingan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd