• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Tindakan Bersekongkol Dengan Pembangkang

oleh Ahmad Albab
05/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Perpaduan dalam kalangan anggota UMNO masih kukuh walaupun ada usaha beberapa bekas pemimpin parti itu bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan pucuk pimpinan parti, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata anggota parti terus utuh mendukung kepimpinan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun wujud ‘deklarasi rakyat’ yang dibuat bekas pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan pemimpin daripada pembangkang semalam.

“UMNO dan BN menolak persekongkolan itu. Tidak terjangkau di benak fikiran rakyat tentang tindakan yang sebegitu keras diambil oleh tokoh-tokoh berkenaan terutamanya yang berstatus negarawan yang cuba mempengaruhi rakyat untuk menukar barisan kepimpinan negara yang telah dipilih secara sah melalui pilihan raya.

“Ia (deklarasi rakyat) adalah satu tindakan yang tidak masuk akal dan tidak berpaksikan kepada kebenaran,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama barisan kepimpinan UMNO Sabah di Bangunan UMNO Sabah di sini, hari ini.

Beliau berkata tindakan mahu menggulingkan kerajaan menerusi sistem di luar perundangan seperti yang berlaku pada deklarasi rakyat adalah lebih kepada kehendak sekumpulan pihak tertentu yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam parti serta pernah mengetuai parti komponan BN.

“Tindakan itu jelas mempunyai agenda tersendiri yang tidak sulit untuk rakyat tafsirkan,” tegas Ahmad Zahid.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menyeru agar semua anggota UMNO dan parti komponan BN tetap bersatu dalam memperkukuhkan ikatan.

“Dalam keadaan inilah, kita di peringkat pusat dan negeri khususnya di bahagian akar umbi perlu berazam untuk memperkukuhkan dan memperkasakan perpaduan dalam kalangan anggota parti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah berkata UMNO Sabah akan terus menyokong pucuk pimpinan parti.

“Kita terus menyokong dan akan menentukan UMNO Sabah terus kuat serta kukuh untuk menghadapi apa juga cabaran yang datang dan yang penting bagi UMNO Sabah adalah terus kuatkan jentera untuk menghadapi apa juga keadaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd