Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Lemas: Mayat Mangsa Kedua...

KUALA LUMPUR — Satu lagi mayat ditemui awal hari ini dalam operasi pencarian...

Jadi Viral, PM ‘Kacak’...

PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau bukan sahaja digelar 'Perdana Menteri Paling Kacak di Dunia' malah...

Malaysia Serius Dalam Mengurangkan...

MARRAKECH - Malaysia melaksanakan peranannya dengan bersungguh-sungguh dalam mengurangkan pemanasan global dan merancang...

’99km Healthy Ride’ Promosikan...

KUALA SELANGOR - Penganjuran 'LATAR 99km Healthy Ride' merupakan antara pendekatan Lebuhraya KL-Kuala...

Penghantar Surat Mengaku Tidak Bersalah Sebabkan Kecederaan Pelajar Warga China

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang pelajar wanita warganegara China ketika cuba merompak mangsa.

Tertuduh Nor Amirul Zailani, 23, dituduh melakukan cubaan rompak dengan sengaja mendatangkan cedera ke atas seorang pelajar wanita warganegara China, Zhou Daqin, 29, dengan menggunakan sebilah pisau sebagai senjata.

Mangsa mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan, perut dan belakang leher.

Nor Amirul didakwa melakukan kesalahan itu di tingkat 11, Kompleks ACE, Jalan Pasar Baharu, Dang Wangi, di sini pada 23 Mac 2016, pada 6.30 pagi, mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun serta boleh juga dikenakan denda atau sebat.


Hakim Azman Mustapha menetapkan 12 April sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamd Fadhly Mohd Zamry, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori