• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengeluaran Mempelam Harum Manis Terjejas Ekoran El Nino

oleh Ahmad Albab
27/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjangkakan pengeluaran mempelam harum manis menurun sebanyak 60 peratus tahun ini berikutan fenomena El Nino.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA, Mansor Omar berkata berikutan itu agensi berkenaan tidak dapat mengeksport mempelam tersebut ke Jepun kerana perlu memenuhi permintaan dalam negara.

“Tahun lepas sebanyak 25,000 tan mempelam harum manis dihasilkan dengan sebahagiannya berjaya kita eksport ke Jepun dan Singapura.

“Namun, pada tahun ini kita jangkakan pengeluarannya akan terjejas 60 peratus akibat fenomena El Nino dan hanya mampu mengeksport buah tersebut ke Singapura serta untuk kegunaan dalam negara sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pesta Orkid dan Flora di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini, Sabtu malam.

Pesta orkid dan flora selama 10 hari yang bermula Khamis lepas disertai 95 usahawan penanaman orkid dari seluruh negara, dijangka menarik seramai 250,000 pengunjung dengan jualan mencecah RM3 juta.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya juga akan melakukan kajian terhadap buah-buahan bermusim dan tidak bermusim lain yang mungkin terjejas dengan fenomena itu.

Beliau berkata kerajaan telah memberi kebenaran kepada FAMA untuk mengimport buah-buahan dan sayur-sayuran dari luar negara jika pengeluaran dalam negara tidak mencukupi bagi menampung permintaan domestik.

“Ini bagi memastikan rakyat boleh menikmati pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran dengan harga berpatutan,” katanya. – BERNAMA

Tags: El Ninoharumanis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

02/05/2024
1

KOTA BHARU : Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai. IKUTI...

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

22/02/2024
0

ALOR SETAR: Fenomena El Nino atau cuaca panas yang melanda ketika ini dijangka berlanjutan sehingga Ramadan ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd