Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

AMK Tunggu Jawapan KJ...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa belum menerima sebarang respons daripada...

Asmayudin Cabar Anak Najib...

PEKAN: Bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Pekan sesi 2013 hingga 2018, Asmayudin...

VIDEO: Lelaki Pancing Duit...

Mencuri dah satu dosa.. buat pula perbuatan terkutuk itu di rumah Allah dah...

PM 8 Kena Jaga...

Dari Facebook DrPuad ZarkashiINI satu lagi ungkapan menarik daripada PM 8 masa temubual...

“Penat Sudah 2 Tahun Menunggu” – Ibu Mangsa MH370

ALOR SETAR – “Penat, sudah dua tahun,” kata Wan Tom Wan Chik, 74, ibu penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370, Mohamad Sofuan Ibrahim, 33, yang pesawat itu hilang sejak 8 Mac 2014.

Hanya itu ungkapannya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kota Tanah dekat sini.

Anaknya ketika itu sedang dalam perjalanan ke Beijing bagi melaporkan diri untuk memulakan tugas di pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Bagi Jee Teik Min, 77, bapa kepada penumpang Jee Jing Han, 42, beliau dan keluarganya masih berharap dan menunggu keajaiban berlaku.

“Saya masih tak puas hati, Saya mahu tengok jasad anak saya dulu atau bangkai kapal terbang, betul-betul baru saya mahu percaya,” katanya di rumahnya di Taman Rasa Sayang, Jitra.


Jee berkata sepanjang dua tahun, tidak pernah sehari pun keluarga tersebut tidak mengingati anggota keluarga mereka itu lebih-lebih ketika perayaan Tahun Baru Cina yang baru lepas yang tanpa sebarang sambutan dilakukan.

“Biasanya Tahun Baru Cina, dia yang selalu beli barang, bawa kami makan dan jalan-jalan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori