• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Perlis Cadang Program Pemutihan Ahli Parti Tak Sehaluan

oleh Ahmad Albab
06/03/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Pergerakan Pemuda UMNO Perlis hari ini mencadangkan Majlis Kerja Tertinggi mempertimbangkan program pemutihan bagi membersihkan parti itu daripada individu-individu yang tidak sehaluan dan taat setia bersama pucuk pimpinan parti.

Ketuanya Syed Atif Syed Abu Bakar berkata usaha ini perlu memandangkan UMNO telah melalui fasa perpecahan sehingga parti itu diharamkan dan membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat 46.

Katanya tindakan seperti itu penting kerana selepas Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO, bekas perdana menteri itu mengheret sama beberapa pemimpin parti bersekongkol dengan pembangkang untuk menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur.

“Terima kasih juga kepada timbalan presiden yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menzahirkan tembelang sebenar beliau yang melampaui batas sebagai ahli dan pemimpin parti.

“Tidak ada yang lebih jengkel…sebagai orang yang berjiwa UMNO duduk bersama pemuka-pemuda pembangkang, khususnya DAP untuk menghentam UMNO dan pemimpin parti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Pemuda UMNO Perlis mendoakan presiden merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikurniakan kebijaksanaan fikiran, kekuatan jiwa, kesihatan tubuh dan ketabahan hati dalam menghadapi ujian dan cabaran.

“Bagi pihak ketua-ketua Pemuda bahagian dan negeri, saya menggesa seluruh Pemuda UMNO bersatu tanpa terikut-ikut meneladani rentak perpecahan dan meneruskan perjuangan agama, bangsa dan tanah air tercinta,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pemuda UMNOPerlis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Staf Rayani Air Biadap, Tak Profesional Dalam Sesi Interview?

Next Post

PPSJ Bukti Komitmen Kerajaan Negeri Sokong ETP

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

36 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Perlis

36 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Perlis

23/06/2024
0

Kangar : Sebanyak 36 rumah mengalami kerosakan dalam dua kejadian ribut yang melanda Perlis hari ini, dan Jumaat lalu, menurut...

Next Post

PPSJ Bukti Komitmen Kerajaan Negeri Sokong ETP

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd