Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Rossi Teruja Mahu Menang...

PHILLIP ISLAND - Valentino Rossi memiliki sedikit kelebihan ke atas rakan sepasukan Yamaha,...

Lelaki Direman Bantu Siasatan...

JOHOR BAHARU - Seorang lelaki hari ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan...

Peguam Slobodan Milosevic Dibunuh

PEGUAM kepada Slobodan Milosevic yang dikenali sebagai penjenayah perang Serbia mati ditembak di...

JPJ Buka Pejabat Cawangan...

CAMERON HIGHLANDS - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka sebuah pejabat cawangan baharu di...

Pemuda BN Sarawak Bantu Masalah Kewangan Watson

KUALA LUMPUR – Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengadakan perjumpaan dengan Watson Nyambek yang dilaporkan muflis akibat menanggung hutang kerana membiayai rawatan ayahnya yang kemudian meninggal dunia dua tahun lepas.

Pengerusi Pemuda BN Sarawak Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perjumpaan dalam masa terdekat itu bagi memahami dan mencari jalan membantu pemegang rekod kebangsaan 100 meter itu.

“Ini sebagai menghargai jasa dan pengorbanan anak jati Sarawak itu dalam mengharumkan nama Bumi Kenyalang dan masih mempertahankan rekod kebangsaan itu sejak 1998 dengan catatan 10.30s,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Watson Nyambek Marah Status Kewangan Didedah Tanpa Izin

Watson, pelari pecut itu popular dengan gelaran ‘Flying Dayak’.

Sebuah media tempatan dalam laporan berita dalam talian melaporkan Watson, 40, menanggung hutang lebih RM100,000 dengan bank bagi membiayai kos rawatan ayahnya yang menghidap kanser telinga sebelum merebak ke mata.


Bagaimanapun Watson memberitahu Bernama di Miri bahawa beliau amat kecewa terhadap penulis artikel yang mendedahkan status kewangannya itu dan menyifatkannya sebagai “tidak beretika dan tidak profesional”.

Katanya, perbuatan itu boleh menjejas kerjayanya sebagai jurulatih dari segi penajaan dan kredibilitinya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori