Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Betul Ke.. Polis Tiada...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa pihak polis tidak mempunyai kuasa...

1 Maut & 30...

PATTANI - Seorang wanita maut manakala 30 yang lain cedera apabila dua butir...

‘Abang Fahmi’ Tumpas Dalam...

KUALA LUMPUR - Tindakan pantas polis Kuala Lumpur yang menyelesaikan kes samun bersenjata...

3,045 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 3,045 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, menjadikan jumlah keseluruhan...

Pelajar Mesir Diusir Pulang Gara-Gara Sedia Bunuh Trump

LOS ANGELES – Seorang pelajar Mesir di California berkemungkinan dihantar pulang selepas menyiarkan kenyataan beliau bersedia membunuh calon presiden Republikan, Donald Trump menerusi laman Facebook.

Emadeldin Elsayed, 23, ditahan ejen persekutuan pada 12 Februari lalu di sekolah penerbangan di Los Angeles selepas menyiarkan apa yang dianggap pihak berkuasa sebagai ancaman bunuh terhadap hartawan itu.

“Saya sedia membunuh Donald Trump dan dihukum penjara seumur hidup.

“Seluruh dunia akan berterima kasih kepada saya kerana melakukannya,” Elsayed menulis dalam laman Facebook, menurut peguamnya, Hani Bushra.

Walaupun pihak berkuasa tidak memfailkan sebarang dakwaan jenayah terhadap Elsayed, pada awal minggu ini hakim imigresen mengarahkan beliau diusir.

Ini berdasarkan alasan sekolah penerbangan tempat dia belajar sudah pun membatalkan kemasukannya dan visa pelajarnya sudah tidak sah.


Hakim juga enggan membebaskan Elsayed dengan ikat jamin selepas pendakwa berkata beliau memberi ancaman.

Bushra memberitahu walaupun anak guamnya menunjukkan penilaian buruk dalam kenyataan di Facebook, beliau tidak berniat mencederakan Trump dan menyesal dengan tindakan itu.

“Beliau cuma seorang budak yang membuat perkara bodoh. Ia lebih kepada retorik marah sama dengan retorik yang mungkin digunakan Trump sendiri apabila berkata mahu membunuh keluarga pengganas dan anak serta isteri mereka,” katanya. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori