• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Diundi Bertemu JDT Pada Suku Akhir Piala FA 2016

oleh Ahmad Albab
06/03/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan berstatus kelab, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diundi bertemu juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan suku akhir Piala FA 2016.

PDRM melayakkan diri ke suku akhir selepas menyekat kemaraan pendahulu Liga Super, Selangor dengan kemenangan 2-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka dalam saingan pusingan ketiga, Jumaat lepas.

Sementara itu, JDT melangkah dengan bergaya ke suku akhir selepas menang selesa 4-1 ke atas Negeri Sembilan.

Dalam majlis undian yang berlangsung di Theatrette, Sri Pentas dan disiarkan secara langsung di TV9 hari ini, turut menyaksikan dua lagi pasukan berstatus kelab dari saingan Liga Perdana musim ini, Sime Darby FC diundi menerima kunjungan PKNS FC.

PKNS FC melakar kejutan selepas menewaskan pasukan handalan Liga Super, Felda United FC dengan kemenangan tipis 3-2 untuk mara ke suku akhir manakala Sime Darby pula menyingkirkan saingan Pahang dengan kemenangan 1-0 semalam.

Sementara itu, dalam dua lagi undian, juara Piala FA 1995, Sabah diundi bertemu pasukan Kedah manakala Perak akan bertemu Kuala Lumpur.

Saingan suku akhir Piala FA akan berlangsung secara timbal-balik dengan pusingan pertama berlangsung pada 18 dan 19 Mac ini manakala pusingan kedua pada 1 dan 2 April depan. – BERNAMA

Tags: PDRMPiala FA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tahan Pengedar Dadah, Rampas Pistol Berserta Peluru

Next Post

Pengawal Keselamatan: Sri Lanka Bukan Pilihan Utama

Related Posts

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

Polis Sahkan Terima Laporan Barang Kemas Mangsa Dicuri, Suami Trauma, Pemandu XPander Sudah Beri Kenyataan

Polis Sahkan Terima Laporan Barang Kemas Mangsa Dicuri, Suami Trauma, Pemandu XPander Sudah Beri Kenyataan

06/04/2025
0

Ipoh, 5 April 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan kenyataan media berhubung perkembangan siasatan kes kemalangan maut...

Next Post

Pengawal Keselamatan: Sri Lanka Bukan Pilihan Utama

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd