• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tak Terlibat Usul Undi Tak Percaya MB Terengganu

oleh Ahmad Albab
11/03/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS mengambil pendirian berkecuali dalam isu cadangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak terlibat dengan gerakan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang mencadangkan usul itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

“Sehingga kini kita (PAS) tidak ambil bahagian. PAS hanya lihat isu-isu yang munasabah dan bukan isu untuk merebut jawatan,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Abdul Hadi diminta mengulas mengenai cadangan usul dibawa Ahmad, yang juga bekas menteri besar Terengganu selama enam tahun bermula 2004, sebelum mengakhiri perbahasannya di DUN itu.

Cadangan itu bagaimanapun ditolak Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong.

Sementara itu, ketika diminta mengulas pendirian PAS mengenai ‘Deklarasi Mahathir’, Abdul Hadi berkata parti itu tidak bersetuju dengan tindakan ‘gopoh’.

“Saya sebelum ini sudah beri kenyataan bahawa ada perkara yang kita setuju dan ada yang tidak setuju mengenai deklarasi itu. Yang kita setuju adalah perubahan. Yang kita tidak setuju adalah gopoh.

“Kita mahu perubahan secara demokratik sama ada pilihan raya atau undi tidak percaya. Undi tidak percaya mestilah undi di Parlimen, mestilah (melibatkan) orang UMNO sendiri.

“Kalau UMNO tak ubah dan kita (PAS) saja yang ada 14 kerusi nak buat apa, maka sia-sialah. Mesti ada kemunasabahannya,” katanya.

Jelasnya, PAS tidak akan bersetuju dengan perkara-perkara yang tidak mengikut proses demokrasi.

Beberapa anggota UMNO dan pembangkang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu menandatangani deklarasi yang antara lain mahu Datuk Seri Najib Tun Razak berundur sebagai perdana menteri. – BERNAMA

Tags: Deklarasi RakyatHadi Awang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

01/01/2026
0

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd