• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PABM 2016: Peserta AS, UK, Australia Mara Ke Suku Akhir

oleh AK-47
22/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI: Peserta dari Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Australia mengulangi kejayaan tahun lalu apabila mara ke suku akhir Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2016 (PABM 2016) yang diadakan di sini, hari ini.

Mereka ialah Megan Rose Donelly yang mewakili negara Uncle Sam, Tavan Karl Kessler Dutton (UK) dan Rebecca Clare Lawrence dari Australia.

Pada PABM 2015 peserta dari tiga negara ini turut mencatat kejayaan tersendiri apabila Joshua Parfitt dari UK memenangi kejohanan tahun lalu, Wyatt Gordon dari AS bergelar naib juara dan Emma Cecilia Roberts (Australia) di tempat ketiga.

1
Peserta kategori Antarabangsa yang mara ke peringkat suku akhir, berdiri dari kiri, Priscilla Haley Rashid (Belanda), Tavan Karl Kessler Dutton (United Kingdom), Rebecca Clare Lawrence (Australia), Megan Rose Donelly (Amerika Syarikat), Han Jun Beom (Korea Selatan). Duduk dari kiri, Rimajon Sotlikova (Uzbekistan), Salima Qurbanova (Azerbaijan), Hatsune Yanai (Jepun), Wang Jialu (China) dan Lukas Fort (Republik Czech).

Turut mara ke peringkat suku akhir ialah tujuh peserta lain iaitu Priscilla Haley Rashid dari Belanda, Salima Qurbanova (Azerbaijan), Wang Jialu (China), Hatsune Yanai (Jepun), Han Jun Beom (Korea), Lukas Fort (Republik Czech) dan Rimajon Sotlikova dari Uzbekistan.

Dalam pertandingan peringkat saringan yang diadakan di Hotel RHR, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) hari ini seramai 20 peserta bagi kategori Antarabangsa bersaing bagi merebut tempat ke suku akhir yang akan berlangsung pada esok hari, di lokasi sama.

Kesemua peserta diadili oleh pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang juga Setiausaha Majlis Debat Malaysia (Madum), Dr Mazlina Mohd Hussain, pegawai Madum Norfaizah Ismail dan pegawai dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Abang Padli Abang Muhi.

Selain kategori Antarabangsa, turut dipertaruhkan dalam PABM 2016 ialah kategori Alam Melayu dan Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM).

Bagi kategori PAM sebanyak 17 penyertaan diterima namun hanya 10 layak dipertandingkan ke peringkat suku akhir berdasarkan penilaian para juri terhadap teks pidato masing-masing sebentar tadi.

13
Peserta kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) yang mara ke peringkat suku akhir PABM 2016.

Mereka yang berjaya ke peringkat suku akhir ialah Harith Ahmed Hamdy (Iraq) mewakili Universiti Sains Malaysia (USM), Mashal Kasem Alqudah (Jordan) mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Palwasha Bakhteri (Afganistan) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ali Abd Almisreb (Syria) mewakili Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nasear Slayman (Kemboja) mewakili Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM), Abdul Matin Mohammad Azeem (Afganistan) dari UIAM, Hassan Radwan (Palestin) juga dari UIAM, Abdalla Hassan Gharib yang berasal dari Tanzania mewakili Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Anas Mohamad Husian Kassim dari Iraq mewakili Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Hemavathi Krishnan (India) mewakili Univesiti Malaysia Perlis (UniMap).

14
Peserta PABM 2016 bagi kategori Alam Melayu, dari kiri, Muhammad Sa’mae (Thailand). Irfan Mohamad Fairus (Malaysia), Muhammad Haziq Jamaludin (Malaysia), Siti Nazurah Syamim Md Yussof (Brunei) dan Nur Afiqah Mokhtar Kamarudin (Singapura).

Bagi kategori Alam Melayu, kedua-dua wakil dari Malaysia berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir yang akan diadakan pada Rabu.

Mereka ialah Muhammad Haziq Jamaludin yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Undang-Undang dari UiTM dan Irfan Mohamad Fairus.

Menyusuli mereka ialah Nur Afiqah Mohktar Kamarudin dari Singapura, wakil Brunei, Siti Nazurah Syamim Md Yussof dan Muhammad Sa’mae dari Thailand.

Esok akan berlangsung pertandingan suku akhir bagi kategori Antarabangsa dan PAM, yang mana hanya lima peserta bagi setiap kategori akan mara ke peringkat separuh akhir.

Hanya tiga peserta akan berentap dalam tiga kategori bagi meraih piala pusingan dan wang tunai RM20,000 yang disediakan sebagai imbuhan bagi johan setiap kategori.

Pertandingan akhir PABM 2016 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Jumaat ini.

Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak dijadualkan hadir pada acara yang akan dipancarkan secara langsung menerusi TV2, jam 8.30 malam itu kelak. –  MYNEWSHUB.CC

Tags: PABM2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd