• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PABM 2016: Peserta China, Jepun Iringi AS Ke Pentas Final

oleh
25/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERINGKAT separuh akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2016 pada Rabu menyaksikan kejutan untuk peserta kategori antarabangsa yang berjaya memasuki pusingan akhir Jumaat ini.

Berlangsung di Hotel RHR Uniten, Bangi, Selangor, PABM telah melabuhkan tirai dengan kemenangan berpihak kepada sembilan peserta untuk memasuki pentas final yang terdiri daripada tiga orang bagi setiap kategori.

SAM_6076
(Dari kiri): Hatsune Yanai (Jepun), Wang Jialu atau nama Melayunya, Aleeya (China) dan Megan Rose Donnelly (AS).

Peserta China dan Jepun bakal mengiringi Amerika Syarikat (AS) dalam kategori antarabangsa mengalahkan dua lagi peserta iaitu dari Australia dan Korea selatan yang nyata tidak dapat menjejakkan kaki ke pentas akhir.

Wang Jialu atau nama Melayunya, Aleeya dari China, selain Hatsune Yanai dari Jepun dan Megan Rose Donnelly dari AS menepati ramalan apabila mereka berjaya menempah tiket masing-masing untuk ke peringkat akhir.

SAM_6074
(Dari kiri): Nasear Slayman (UIAM), Abdalla Hassan Ghorib (UNIMAS) dan Anas Muhammad Husain Kassim (UMP).

Kategori pelajar antarabangsa di Malaysia ialah Nasear Slayman (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Abdalla Hassan Ghorib (Universiti Malaysia Sarawak) dan Anas Muhammad Husain Kassim (Universiti Malaysia Pahang).

Manakala kategori alam Melayu atau Nusantara sah disertai oleh peserta tuan rumah, Muhammad Haziq Jamaludin dan Irfan Mohammad Fairus selain peserta dari Thailand iaitu Mohammad Sa’mae.

SAM_6085
(Dari kiri): Irfan Mohammad Fairus (Malaysia), Mohammad Sa’mae (Thailand) dan Muhammad Haziq Jamaludin (Malaysia).

Keputusan sembilan finalis dari peringkat separuh akhir ini telah diumumkan secara rasmi oleh Datuk Mizan Hitam, Timbalan Rektor UIAM yang juga merangkap Pengerusi Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM).

Kesemua peserta yang menempah nama ke peringkat akhir telah diadili dalam empat elemen iaitu dari segi isi, gaya persembahan, bahasa dan etika atau adab semasa melontarkan hujah mereka di hadapan para juri.

Acara peringkat akhir PABM 2016 bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Jumaat ini yang turut akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pabm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PABM: Peserta Jepun Juarai Kategori Antarabangsa

27/07/2017
0

PUTRAJAYA - Peserta Jepun, Lisa Shimazaki menepati ramalan memenangi kategori Antarabangsa pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM)...

PABM Angkat Bahasa Melayu Bertaraf Dunia – PM

27/07/2017
0

PUTRAJAYA - Hasrat negara untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa semakin menjadi kenyataan apabila setiap tahun Pertandingan Pidato Antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd