• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Mencari MH370 Dijangka Selesai Hujung Tahun Ini – Najib

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata operasi mencari pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dijangka selesai hujung tahun ini.

Beliau berkata kerajaan tetap menaruh harapan MH370 akan ditemui dalam kawasan pencarian seluas 120,000 km persegi, jika tidak, maka Malaysia, Australia dan China akan mengadakan mesyuarat untuk menentukan tindakan seterusnya.

“Kami tetap komited untuk melakukan segala yang termampu dalam menyelesaikan misteri yang menyeksakan orang yang tersayang kepada mangsa yang masih hilang. Dalam hari-hari yang sukar ini, ingatan dan doa kami bersama keluarga yang kehilangan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Hari ini kita memperingati tahun kedua kehilangan penerbangan MH370.

Kita meratapi kehilangan 239 orang, termasuk 50 warga Malaysia yang berada di dalam pesawat itu,” kata Najib.

Penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion Julai lepas membuktikan lagi, sebagaimana yang beliau umumkan pada 24 Mac 2014, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Najib berkata:”Bagaimanapun, kita tidak mengetahui sama ada perjalanan masa juga bukti ini mampu mengurangkan kesedihan mereka.”

Kehilangan MH370 adalah di luar kebiasaan dan pencariannya adalah yang paling mencabar dalam sejarah penerbangan di tengah-tengah rupa bumi yang tidak mesra insan, dengan kedalaman sehingga enam kilometer, menyeberangi banjaran gunung di bawah laut dan arus lautan yang terlaju – pasukan mencari telah bertungkus lumus mencari MH370, kata beliau.

“Kami amat berterima kasih dengan usaha mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: MH370Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd