MEMILIKI raup wajah persis seorang model, Nita Hamzah, 35; ternyata telah lama menyepi dari dunia hiburan.
Menurut Nita kepada sebuah portal hiburan, kehilangan beliau selama lima tahun dari industri hiburan tanah air bukanlah kerana sudah tidak laku ataupun merajuk tetapi beliau mengambil peluang untuk merehatkan diri di pulau.

“Saya tidak pernah merajuk dan saya masih lagi menyanyi malah memenuhi jemputan majlis korporat. Sebenarnya dalam tempoh empat ke lima tahun lepas saya berehat dengan menghabiskan masa di pulau-pulau,†jelasnya kepada portal hiburan tersebut.
Nita atau nama sebenarnya Norhanita Hamzah, kehilangan yang lama itu kerana beliau menghabiskan masa di Pulau Mabul, Sabah dan juga Pulau Tioman, Pahang.
Tambah naib juara Malaysian Idol musim ke 2 ini lagi, sepanjang berada di kedua-dua pulau berkenaan, beliau turut mengikuti aktiviti menyelam.
Namun tidak menyangka akan jatuh hati dengan aktiviti tersebut dan berhasrat untuk mendalami aktiviti itu sehingga ke tahap yang lebih professional atau Dive Master.
Mengenai perkembangan terbaru Nita, beliau akan berkerjasama dengan Datin Alyah dan juga akan mengeluarkan single terbaru beliau May depan.

“Untuk buat comeback bukan mudah, mesti kena ada impak malah ia merupakan satu cabaran yang kuat bagi saya,†tuturnya mengakhiri perbualan dengan portal hiburan tanah air itu. – MYNEWHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=NvL82hUmByk]