• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nicol Mara Ke Suku Akhir Terbuka British

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David yang memburu gelaran keenamnya di Terbuka British membuktikan seleranya belum hilang apabila dengan mudah mara ke suku akhir di Hull, semalam (awal pagi tadi waktu Malaysia).

Nicol yang juga pemain nombor dua dunia, mengetepikan pemain Australia, Donna Urquhart 11-4, 11-7, 11-6 di pusingan kedua di Arena Airco.

Menurut laman sesawang rasmi kejohanan www.allambritishopensquash2016.com, Nicol mempamerkan pukulan hebat terutama di set pertama sehingga pemain Australia itu sukar membalasnya.

Set kedua, bagaimanapun lebih sengit apabila Urquhart bangkit memberikan tekanan tetapi Nicol berjaya menanganinya untuk menang 11-7 sebelum memastikan kemenangan dalam masa 27 minit dengan menamatkan set ketiga 11-6.

“Semua pemain mempamerkan kebangkitan pada setiap pusingan dan ini sesuatu yang menarik kerana pemain harus beraksi lebih baik untuk menang. Saya gembira dengan persembahan saya tadi.

“Saya mula serasi dengan gelanggang dan sedar perlu bermain dengan baik sewaktu perlawanan. Saya gembira dengan kemenangan 3-0.

“Saya tampil di kejohanan ini sebagai underdog dan saya akan memberikan yang terbaik dan lihat sejauh masa saya mampu mara,” kata Nicol seperti dipetik oleh laman sesawang itu.

Di suku akhir, Nicol akan menentang pemain Mesir, Omneya Abdel Kawy yang menewaskan Joey Chan dari Hong Kong 11-5, 11-5, 11-9. – BERNAMA

Tags: Nicol DavidSkuasy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd