• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ngeri… Perut Wanita Mengandung Dibelah Guna Pisau Cukur

oleh Ahmad Albab
01/04/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA dengan menggunakan pisau cukur, saudara mara seorang wanita mengandung yang sudah meninggal dunia, telah membelah perut wanita itu bagi menyelamatkan bayi kembar dalam kandungannya.

Kejadian mengejutkan itu berlaku di luar Hospital Laquintini, di Douala, Cameroon, sebuah negara bekas jajahan Perancis di barat benua Afrika.

Mereka berbuat demikian selepas Monique Koumateke, 31, yang sarat mengandung telah jatuh sakit dan dibawa ke hospital terbabit.

Malangnya dia telah dihalau keluar oleh bidan selepas mereka mendakwa Monique sudah meninggal dunia sementara kakitangan hospital di wad bersalin itu enggan membantu.

“Orang dari bilik mayat sendiri datang kepada kami dan memberitahu bahawa bayi dalam kandungan masih menendang perut ibunya.

“Kami ke wad bersalin semula tetapi telah diusir lagi,” kata ibu Monique iaitu Marie Sen.

Keluarga kepada pasangan Monique kemudiannya memutuskan untuk melakukan pembedahan sendiri dengan menggunakan pisau cukur di luar hospital terbabit.

Salah seorang daripada bayi kembar itu telah meninggal dunia manakala seorang lagi hanya hidup beberapa saat sebelum meninggal dunia, sebaik sahaja dikeluarkan dari kandungan ibunya.

Keadaan itu sempat dirakam dan dimuat naik dalam media sosial tempatan sehingga mencetuskan kecaman ramai.

Susulan itu wanita yang melakukan pembedahan berkenaan serta beberapa kakitangan hospital dan bilik mayat telah ditangkap.

Insiden itu turut mendapat perhatian hakim Ayah Paul Abine, yang menyifatkan kejadian berkenaan sebagai sesuatu yang menyedihkan.

“Dakwaan kementerian kesihatan bahawa pihak hospital tidak melakukan sebarang kesalahan telah mencetuskan banyak persoalan berbanding jawapan,” katanya. – Mynewshub.cc

Tags: pelik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Enggan Lakukan Seks, Lapor Polis Lelaki Kentut Dalam Rumah

Next Post

“Hajat Kami Nak Bawa Dia Masuk Gua Hiraq” – Zahiril Adzim

Related Posts

Lapan ‘Pengantin Pelik’ Dikahwini Manusia

03/02/2019
0

PERKAHWINAN merupakan salah satu tradisi tertua di dunia. Ia merupakan acara untuk meraikan dua individu bersatu menyemai kasih dan cinta...

Virus Jangkitan Seks, Sayur, Antara Nama Pelik Bayi

31/01/2019
0

TIDAK sampai sebulan 2019 membuka tirainya, senarai nama bayi paling paling pelik dan unik untuk tahun ini sudah pun dikeluarkan....

Next Post

"Hajat Kami Nak Bawa Dia Masuk Gua Hiraq" - Zahiril Adzim

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd