• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Lancar Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Atasi Kemalangan

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan memandang serius jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini dan menjadi tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan peranan lebih proaktif untuk menanganinya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata menyedari akan hakikat itu, jabatan baharu diwujudkan dalam PDRM iaitu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengantikan Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik berkuat kuasa hari ini, khas untuk penguatkuasaan trafik dan menangani kes kemalangan jalan raya.

“Berdasarkan statistik PDRM, jumlah kemalangan jalan raya sepanjang tahun 2015 mencatatkan jumlah yang amat tinggi, iaitu sebanyak 489,606 kes manakala jumlah kematian mencatat 6,706 kes daripada 6,193 jumlah kemalangan maut yang direkodkan,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Polis Ke-209 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini.

Beliau berkata PDRM juga akan mewujudkan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi di Bukit Aman bermula 1 April ini yang berperanan untuk memerangi militan DAESH dan pengganas.

Menurutnya, Malaysia bertuah berbanding beberapa negara lain dunia yang menerima ancaman pengganas dan ucapan tahniah harus diberikan kepada PDRM yang sentiasa komited dalam menjaga ketenteraman negara ini daripada sebarang ancaman pengganas.

“Ancaman ini satu realiti yang kita tidak boleh pandang ringan, sambil lewa, kita perlu ketegasan, keberanian dan kesungguhan untuk menjaga dan menjamin Malaysia selamat dan rakyat boleh hidup dalam keadaan aman tenteram sepanjang masa,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan keluarga anggota PDRM dan akan berusaha menambah rumah-rumah untuk anggota di beberapa Kem PDRM di seluruh negara.

Kerajaan, katanya, memandang serius masalah perumahan yang dihadapi dan akan melihat sebarang keperluan utama bagi menjaga kebajikan anggota PDRM mengikut bajet yang diperuntukkan kepada pasukan itu.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sebelum itu, Zahid dan Khalid bersama-sama ribuan jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Solihin di PULAPOL. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd