• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Motosikal Masih Penyumbang Utama Kemalangan Maut

oleh Ahmad Albab
06/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 60 peratus daripada 6,706 orang yang maut dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara sepanjang tahun lepas adalah penunggang dan pembonceng motosikal.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Abdul Ghafar Yusof berkata pihaknya menyarankan agar penggunaan motosikal dikurangkan bagi mengelak kemalangan maut yang sangat tinggi.

Beliau berkata antara faktor pengguna memilih motosikal sebagai pengangkutan utama ialah harganya murah dan dapat mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

“Yang menjadi isu besar di Terengganu sendiri ialah kira-kira 30 peratus penunggang motosikal yang diperiksa tidak mempunyai lesen yang mungkin menyumbang kepada kemalangan atau menyebabkan kenderaan lain terlibat dalam kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Advokasi Keselamatan Jalan Raya di sini, yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Abdul Rahman Emang Anyie dan Pengarah JKJR Terengganu Ahmad Firdaus Haron.

Abdul Ghafar berkata proses pengeluaran lesen perlu diperketat supaya dapat melahirkan pemandu atau penunggang motosikal yang betul-betul dapat memandu dengan berhemah dan selamat.

Beliau berkata sebanyak 12,094,790 motosikal didaftarkan sepanjang tahun lalu manakala 11,871,696 pula bilangan kereta yang didaftarkan bagi tempoh yang sama.

Beliau berkata jumlah kematian di seluruh negara akibat kemalangan pelbagai kenderaan meningkat kepada 6,706 orang pada tahun lepas berbanding 6,674 orang pada tahun 2014.

Jumlah kemalangan pada tahun lepas juga meningkat iaitu 489,606 kes berbanding 476,196 pada tahun sebelumnya. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautmotosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd