Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

PAS Hantar Nama Lain...

Kemelut pemilihan Menteri Besar Selangor yang baru semakin menarik apabila laporan media menyebut...

Acara Dangdut Di Kota...

Nampaknya bukan pemerintah Jawa Timur sahaja yang membuat keputusan untuk membatalkan sambutan tahun...

Perbicaraan Mahkamah Dalam Talian...

KUALA LUMPUR - Buat pertama kali dalam sejarah perundangan negara, prosiding perbicaraan mahkamah...

Makkal Sakti Sedia Bantu...

SHAH ALAM - Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) sudah bersedia untuk membantu...

Model Playboy Dipenjara Kerana Cuba Bunuh Ketua Samseng

SARAJEVO – Seorang bekas model Playboy dipenjara selama dua tahun setengah selepas didapati bersalah kerana bersubahat dalam cubaan membunuh ketua samseng Bosnia, Djordje Zdrale.

Slobodanka Tosic, 29, dikatakan telah menggoda dan memerangkap Djordje Zdrale dengan membawa lelaki itu ke satu lokasi di mana satu lagi kumpulan menunggu mangsa untuk menembaknya.

playboy model1

Zdrale bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri manakala Darko Elez pula dikenal pasti sebagai penjenayah yang cuba membunuh Zdrale. Darko juga adalah kekasih Tosic.

Tosic kemudian dikesan cuba melarikan diri ke Croatia pada 2014 namun dia berjaya ditangkap polis negara jiran itu pada tahun lepas dan diekstradisi balik ke Bosnia.

Dia dicekup dalam Operation Doll yang dilaksanakan bagi menahan penjenayah yang terlibat dengan sindiket terancang di negara rantau Balkan itu.


Ketika di mahkamah, Zdrale yang berjaya menyelamatkan diri dari cubaan bunuh itu telah memberikan keterangan terhadap Tosic di mahkamah.

Zdrale memaklumkan telah jatuh cinta dengan Tosic, yang pernah mendapat tempat kedua dalam pertandingan ratu cantik Miss Bosnia Herzegovina pada 2005.

Dia juga pernah muncul dalam majalah Playboy Serbia. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori