• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Satu Lagi Serpihan Ditemukan Di Afrika Selatan

oleh Ahmad Albab
31/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu lagi serpihan pesawat dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines MH370 dijumpai di Afrika Selatan semalam, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata serpihan itu sedang diteliti sama ada mempunyai kaitan dengan mana-mana bahagian pesawat jenis Boeing 777 sebelum diambil tindakan selanjutnya.

“Satu lagi serpihan telah dijumpai, kami perlu terlebih dahulu tentukan sama ada ia daripada pesawat Boeing 777.

“Jika ia daripada Boeing 777 kami perlu pertimbangkan untuk bawanya ke Australia untuk pengesahan lebih lanjut,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Teguh Bersama MCA di Wisma MCA di sini, hari ini.

Beliau berkata dua serpihan yang dihantar sebelum ini ke Australia telah dikenal pasti berkemungkinan besar daripada pesawat malang itu.

“Satu lagi serpihan akan dihantar ke Australia dalam minggu ini,” katanya.

Sehingga kini sebanyak enam serpihan pesawat ditemukan dipercayai mempunyai kaitan dengan MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pesawat itu kemudiannya diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi dengan usaha pencarian di kawasan seluas 120,000 kolimeter persegi dijangka selesai Jun ini. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong LaiMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd