• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Bincang Isu Cuaca Panas Dalam Masa Terdekat

oleh Ahmad Albab
14/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani isu cuaca panas dan kering yang melanda negara kini.

Menterinya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata mesyuarat bersama kementerian dan agensi-agensi berkenaan itu perlu dilaksanakan segera bagi membolehkan intipati perbincangan dibawa ke mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.

“Saya telah memberi arahan kepada ketua setiausaha kementerian saya untuk mengadakan mesyuarat tergempar dengan kementerian termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Kementerian Kesihatan dan agensi seperti Jabatan Meteorologi dan Jabatan Alam Sekitar,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata mesyuarat itu juga dijangka turut membincangkan keperluan melakukan pembenihan awan serta keperluan penutupan sekolah sekiranya keadaan cuaca semakin teruk.

Dalam pada itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian telah merangka pelan kecemasan bagi memastikan hasil tanaman tidak terjejas dalam keadaan cuaca panas akibat fenomena El Nino.

Katanya antara langkah awal yang telah diambil adalah menyediakan pam-pam bagi menyalur air ke kawasan tanaman yang strategik di seluruh negara.

“Cuaca panas memberi kesan kepada tanaman tertentu. (Walaupun) belum lagi di peringkat bahaya tetapi kita boleh jangkakan misalnya akibat jerebu dahulu (tahun lepas) beri kesan terhadap tuaian padi kita,” katanya.

Dalam isu berbeza, Ahmad Shabery berkata kerajaan memerlukan satu program besar melibatkan penggunaan tanah seluas 400,000 hektar bagi menanam makanan binatang ternakan untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil import.

“Saya bimbang dari segi jurang import eksport semakin besar. Pada tahun ini defisit meningkat kepada RM18 bilion dan sebahagian besar kerana terpaksa mengimport makanan ternakan,” katanya.

Katanya usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan negeri supaya perancangan menyeluruh dapat dilaksanakan.

“Misalnya kita dah mulakan projek tanaman jagung bijiran untuk ternakan ayam tetapi perlu diuji beberapa kali sama ada ia memberi respons yang baik kepada ayam yang diternak,” katanya. – BERNAMA

Tags: El NinoWan Junaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

02/05/2024
1

KOTA BHARU : Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai. IKUTI...

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

22/02/2024
0

ALOR SETAR: Fenomena El Nino atau cuaca panas yang melanda ketika ini dijangka berlanjutan sehingga Ramadan ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd