• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCPF Cadang Buka Cawangan Di Setiap Daerah Polis

oleh Ahmad Albab
26/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bercadang membuka cawangannya di setiap 157 daerah polis bagi membantu polis mencegah jenayah, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga pengerusi MCPF berkata sehubungan itu perlembagaan yayasan itu akan dipinda dalam mesyuarat luar biasa tidak lama lagi untuk tujuan itu.

“Ini adalah kerana ada permintaan daripada masyarakat supaya MCPF dapat diwujudkan di peringkat daerah-daerah polis bagi membantu polis di peringkat IPD (Ibu Pejabat Polis) dan balai-balai serta pondok-pondok polis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan dan mempengerusikan mesyuarat agung MCPF ke-23 di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

MCPF, katanya, juga perlu bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan yang lain dalam membendung masalah jenayah dan tidak hanya bersama PDRM.

“Jenayah berjaya kita kurangkan 50 peratus tahun lalu berbanding 38 peratus pada tahun 2014 dan atas pencapaian ini syabas kepada PDRM dan berharap MCPF dapat bersama-sama agensi kerajaan yang lain kerana MCPF tidak boleh bergerak sendirian,” katanya.

Pada majlis itu Zahid turut mengumumkan penyerahan geran tambahan sebanyak RM3 juta kepada MCPF selain geran tahun sebanyak RM2 juta yang diterima MCPF. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd