• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCMC Rekod 20 Juta Pengguna Internet Dalam Negara

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merekodkan kira-kira 20 juta pengguna Internet dalam negara sehingga kini, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata berdasarkan rekod berkenaan, laman sosial Facebook mencapai lebih 41 peratus pengguna memandangkan platform berkenaan paling berkesan dalam mempromosikan maklumat seperti produk terkini dengan cepat serta menepati sasaran.

“Aktiviti penjualan dan pembelian melalui Internet turut meningkat dan MDEC, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia menganggarkan RM40 juta hasil melalui aktiviti penjualan dalam talian menerusi program E-Rezeki dan E-Usahawan,” katanya.

Menjawab soalan Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (BN-Silam) yang ingin tahu kes penipuan jualan barangan di Internet, Jailani berkata dari 2008 hingga 2013, MCMC menerima 1,630 aduan berkaitan jenayah siber termasuk aduan pembelian dalam talian.

Bagi tempoh Jan 2014 hingga Feb 2016 sahaja, MCMC menerima 391 aduan untuk masalah yang sama, katanya. – BERNAMA

Tags: internet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd