Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Kreatif.. 15 Lukisan...

KREATIF! Kalau sudah tangan berseni, buatlah apa pun pasti kelihatan menakjubkan serta menarik.15...

Guru Harus Kritis Fikiran...

KANGAR - Guru atau pendidik harus kritis serta mampu berfikir kelas dunia bagi...

Najib Jelaskan Gelarannya Orang...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak buat pertama...

Nenek Ditipu ‘Ibrahim Aziz’...

ALOR SETAR - Seorang nenek yang merupakan penoreh getah mengalami kerugian sebanyak RM74,800 setelah...

Mariah Carey Dinasihat Batalkan Konsert Di Brussels

PENYANYI terkenal Mariah Carey dinasihatkan untuk tidak meneruskan konsertnya yang bakal diadakan di Brussels, Belgium dan dijadualkan berlangsung Ahad ini.

Ini gara-gara serangan bom di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Zaventam pagi Selasa yang telah mengorbankan lebih 30 orang awam dan puluhan lain cedera.

Mariah bakal mengadakan konsert untuk peminatnya di negara Eropah itu sekali gus meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-46 tahun.

Memetik laporan TMZ, pihak pengurusan Mariah melarang diva popular itu daripada meneruskan rancangan konsert istimewa tersebut.

Ia berikutan timbul kekhuatiran dengan kemungkinan besar akan berlaku serangan pengganas untuk kali kedua di lokasi yang sama.


Namun sehingga kini, difahamkan Mariah masih akan meneruskan konsert dan tidak berhasrat akan membatalkannya.

Sementara pihak pengurusannya masih menunggu kebenaran dari Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Belgium sama ada selamat atau tidak keadaan di sana untuk mereka meneruskan konsert tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori