Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

TIDAK RASMI: N.25 Dira...

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memperolehi kemenangan pertama dengan keputusan tidak rasmi di...

Cuaca Panas Tak Jejaskan...

PADANG BESAR - Cuaca panas akibat fenomena El Nino tidak menjejaskan hasil tangkapan...

Wanita Tipu Artis Pakej...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita disyaki suspek terlibat dalam sindiket penipuan pakej pelancongan...

Corak Tapak Selipar Tertulis...

GAMBAR sepasang selipar jenama Glacio siri G-2079 yang tertulis di tapaknya 'kalimah Allah'...

Mangsa Keracunan Makanan Meninggal Dunia

IPOH – Seorang mangsa keracunan makanan di Siputeh, Batu Gajah, dekat sini yang dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini sejak 4 Mac lepas, meninggal dunia malam tadi.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr. Juwita Ghazali berkata mangsa, Hawa Buyong, 46, meninggal dunia kira-kira pukul 11.25 malam tadi di Unit Rawatan Rapi akibat komplikasi yang menyebabkan oksigen tidak cukup disalurkan ke otaknya.

“Allahyarham merupakan mangsa terakhir yang masih menerima rawatan di hospital,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada 4 Mac lepas, kira-kira 102 orang menjalani pemeriksaan dan rawatan di beberapa hospital di sekitar Ipoh dan Batu Gajah kerana mempunyai simptom keracunan makanan yang berpunca daripada racun serangga jenis karbamat yang terdapat dalam beberapa jenis makanan di sebuah gerai di Batu Gajah.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon yang turut melawat jenazah di HRPB, berkata kes sedemikian perlu diberi perhatian dengan memberi penekanan kepada kualiti dan keselamatan makanan.

“Kes ini amat menyedihkan. Kita telah memberi rawatan yang terbaik kepada mangsa,” katanya yang turut menyerahkan sumbangan peribadi kepada keluarga Allahyarham.


Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Siputeh.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mempertingkatkan pemeriksaan kebersihan makanan di kilang dan kedai makan selaras dengan Program Sehat anjuran Kementerian Kesihatan untuk memastikan keselamatan dan kualiti makanan terjaga. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori