• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Akan Perkukuh Hubungan Ekonomi Dengan Iran

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Malaysia akan memperkukuh hubungan ekonomi dengan Iran susulan sekatan antarabangsa ke atas negara itu ditarik balik, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Kita akan terus melihat Iran sebagai sebuah negara penting bagi memasarkan produk-produk negara seperti minyak sawit,” kata Datuk Seri Mustapa Mohamed kepada Bernama.

“Kita mempunyai dagangan yang agak tinggi bersama Iran. Ketika ini kita mempunyai beberapa projek perumahan di negara itu,” katanya.

Jumlah dagangan Malaysia-Iran berada pada paras yang stabil, bernilai RM95 juta tahun lepas.

Mustapa berkata kementerian itu menyedari bahawa satu atau dua negara anggota ASEAN kini agresif meneroka peluang baharu setelah Iran kembali memasuki ekonomi dunia.

Beliau berkata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan  mengatur ‘satu masa lawatan peringkat lebih tinggi ‘tidak lama lagi.

(Latar belakang) Iran sebelum ini mengumumkan negara itu mempunyai keupayaan untuk menarik lebih RM180 bilion sumber kewangan asing tahun depan (Mac 2016 – Mac 2017), dengan kira-kira RM$60 bilion menerusi pelaburan langsung asing.

Kedudukan Iran yang strategik, kestabilan politik selain penduduk seramai 80 juta dan rizab minyak yang besar, menjadikan negara itu sebagai lokasi menarik untuk pelaburan asing.

Banyak delegasi perdagangan melawat Iran susulan perjanjian nuklear pada Julai 2015.

Perjanian bersejarah bagi nuklear itu menamatkan sekatan antarabangsa ke atas Iran berkuat kuasa 16 Jan 2016.

Syarikat penerbangan kos rendah jarak jauh AirAsia X juga telah mengumumkan bahawa syarikat itu sedang menimbang untuk kembali terbang ke Tehran berdasarkan potensi besar negara itu. – BERNAMA

Tags: Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd