• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Huffaz Saat Terbaik Saya Dan Najib – Nik Abduh

oleh Ahmad Albab
22/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Ia adalah saat pertemuan terbaik saya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak”

Demikian reaksi Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung kehadirannya dalam satu program yang dirasmikan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Malah, katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran kerana menjemput beliau sebagai tetamu program itu.

“Antara nikmat ke atas saya ialah menghadiri perhimpunan 20,000 para huffaz al Quran anjuran sebuah persatuan gabungan ratusan madrasah tahfiz di seluruh negara.

“Terasa kemanisan, kekuatan, ketenangan dan keyakinan yang tinggi terhadap perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Ia adalah saat pertemuan terbaik saya dengan YAB Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, kata Nik Mohamad Abduh,jika ada pihak tercalar hati dan mengecam pertemuan beliau dengan Najib supaya mengubati sendiri duka dan amarah di hati mereka kerana sentiasa berselisih di medan politik.

“Jika Malaysia mahu kembali dengan keadilan dan kesejahteraan hidup, maka kembalilah kepada Al-Quran dan masjid,” katanya.

Perdana Menteri pada 20 Mac lalu merasmikan majlis himpunan 20,000 Huffaz dan perasmian Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran peringkat kebangsaan di Masjid Wilayah di ibu negara.

Najib turut menyertai Majlis Khatam Al- Quran beramai-ramai dan menunaikan solat maghrib berjemaah bersama para huffaz.

Beliau turut mengumumkan kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melancarkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara bagi meningkat dan mengembangkan pengajian maahad tahfiz dalam negara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Najib Tun RazakNik Abduh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PDRM Samseng Berlesen! – PKR

Next Post

Skuad Khas Kastam Bantu Licinkan Operasi Banteras Penyudupan

Related Posts

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

06/09/2023
0

Bekas ahli parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang kini dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri...

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

30/07/2023
0

IPOH : Kemarahan penyokong semakin reda berhubung isu Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau bertanding di kawasan majoriti Melayu dan...

Next Post

Skuad Khas Kastam Bantu Licinkan Operasi Banteras Penyudupan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd