• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahmud Abu Bekir Diperintah Bayar Mutaah RM30 Juta

oleh Ahmad Albab
10/03/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memerintahkan anak Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib membayar tuntutan mutaah RM30 juta kepada bekas isterinya, Shahnaz Abdul Majid.

Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab bagaimanapun membenarkan Mahmud Abu Bekir, 53, selaku defendan, membayar nafkah mutaah itu secara ansuran selama tiga bulan bermula 31 Mac ini.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa Shahnaz, 53, selaku plaintif, berhak menerima tuntutan (RM30 juta) selain mengambil kira kesedihan akibat diabaikan lebih 10 tahun oleh Mahmud Abu Bekir.

Mahkamah juga berpendapat tuntutan mutaah yang dibuat sebelum ini iaitu RM100 juta adalah keterlaluan.

Menurutnya, mahkamah mengambil kira jumlah itu berdasarkan kemampuan defendan, nilai aset yang melebihi RM1 bilion dan perbelanjaan sekali gus defendan yang mencecah RM1 juta serta kesedihan yang dialami plaintif.

“Dengan jumlah tersebut (RM30 juta), mahkamah berpendapat ia adalah berkadar dan wajar terhadap defendan dan setidak-tidaknya mampu menghapuskan duka hati sebagai seorang bekas isteri,” katanya.

Muhamad Abdul Karim menambah beberapa kenderaan dan banglo mewah termasuk di Sarawak yang diberikan kepada Shahnaz hanya sebagai hadiah bukan sebahagian daripada tuntutan mutaah tersebut.

Pasangan itu, yang berkahwin pada 9 Januari 1992, dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya, 23; namun pada pada 11 Mei 2011, mereka bercerai dengan talak satu.

Pada 9 Jun 2011, Shahnaz memfailkan tuntutan mutaah tersebut sebanyak RM100 juta.

Terdahulu, Muhamad Abdul Karim berkata mahkamah berpendapat tindakan Mahmud Abu Bekir meninggalkan isterinya tanpa sebab dilihat sebagai satu pengabaian yang tidak boleh diambil mudah dan tidak boleh dimaafkan.

Beliau juga berkata, mahkamah bersetuju dengan mengambil kira bahawa terdapat laporan dan bukti bahawa Mahmud Abu Bekir mempunyai wanita lain walaupun masih beristerikan Shahnaz.

Mahmud Abu Bekir diwakili peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Saadiah Din.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Shahnaz bersama peguam Dr. Mohd. Rafie Shafie dan Datuk Akhbardin Abdul Kadir, kelihatan gembira dengan keputusan tersebut walaupun jumlah itu tidak seperti yang dituntut.

Shahnaz, yang juga kakak ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid, turut berkata beliau akan berbincang langkah selanjutnya bagi menyelesaikan beberapa lagi perkara selain merancang menggunakan wang tersebut untuk membantu golongan tidak bernasib baik.

Sementara itu, Zainul Rijal berkata anak guamnya mengarahkannya untuk memfailkan permohonan bagi menangguhkan perintah tersebut selepas tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu. – BERNAMA

Tags: Mutaah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lufya Tuntut Mutaah RM1 Juta Kepada Bekas Suami

Lufya Tuntut Mutaah RM1 Juta Kepada Bekas Suami

02/03/2023
0

SHAH ALAM – Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar membuat tuntutan mutaah berjumlah RM1juta terhadap bekas suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz...

Anak TYT Sarawak Kekal Bayar Bekas Isteri Mutaah RM30j

16/10/2018
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Syariah di sini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang memerintahkan ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd