• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah: Pembantu Veterinar Didenda RM20,000

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang Pembantu Veterinar Pejabat Perkhidmatan Veterinar Kulai dijatuhi hukuman denda RM20,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, terhadap tuduhan menerima wang berjumlah RM10,800 berhubung program Pinjaman Induk Tanpa Faedah (PINTAF), dua tahun lepas.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz turut mengarahkan tertuduh, Roslizan Hassan, 45, dipenjara enam bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Roslizan didakwa menerima wang berkenaan untuk dirinya melalui akaun Maybank isterinya, di Malayan Banking Berhad, Jalan Intan 2/1, Taman Intan, Kluang, antara 9.15 pagi dan 4.30 petang, 13 Jan 2014.

Dia didakwa menerima wang berkenaan daripada Ketua Pegawai Operasi Syarikat Gembala Utama Sdn Bhd, Zaiton Ibrahim Mohd Zahir dengan suatu balasan iaitu tidak membekalkan tiga ekor lembu pejantan baka Brahman kepada penternak yang mana diketahui Zaiton Ibrahim mempunyai hubungan melibatkan program PINTAF pada tahun 2013.

Roslizan dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Noor Fazlin Hamdan manakala Roslizan tidak diwakili peguam.

Dalam rayuannya, Roslizan memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mahu mengulangi perbuatan terbabit dan perlu menanggung isteri dan empat anak serta ibu yang mengalami sakit buah pinggang. – BERNAMA

Tags: mahkamahpecah amanah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd