• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lydiawati Tertekan Asyik Terima Mesej Lucah Daripada Pengkid

oleh AK-47
25/03/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT tidak tahan sering diganggu dengan panggilan dan teks lucah daripada peminat pengkid, pelakon popular era 1990-an, Lydiawati kini sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis.

Menurut Lydiawati atau nama sebenar Salina Saimon, pengkid itu berusia dalam sekitar 40-an itu mendakwa dirinya adalah kerabat diraja Brunei dan mempunyai gelaran Tuanku ‘S’.

“Saya sudah tidak tahan diganggu dengan beratus-ratus panggilan telefon dan SMS berunsur gangguan seks saban hari.

“Saya mulanya tidak syak apa-apa. Dia mendakwa peminat saya dan sanggup berbuat apa sahaja termasuk membelikan rumah serta membiayai kehidupan saya.

“Dia mengaku mempunyai harta dan aset ratusan juta ringgit di luar negara serta berkawan dengan selebriti terkenal di luar negara,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai mengenai peminat wanita yang bersifat lelaki itu, Lydiawati memberitahu dia mula mengenali dengan pengkid tersebut sejak dua tahun lalu selepas mendakwa meminati lakonanya.

Lydiawati juga mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan wanita berkenaan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pelakon filem Suara Kekasih ini mula merasakan sesuatu yang aneh apabila pengkid berkenaan menghantar ratusan SMS mengarut dan mengajak tidur di kediamannya.

“Saya ada jumpa dengan wanita itu bagi mendapatkan penjelasan. Namun dia masih lagi berbohong dan turut mengugut akan menjatuhkan karier saya.

“Dia turut mengganggu ibu saya di rumah selain menabur pelbagai cerita palsu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

Tags: lydiawatipengkid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

[Sidang DUN] Bomoh, Sihir, Pengkid Diwarta Jenayah Syariah Di Terengganu

[Sidang DUN] Bomoh, Sihir, Pengkid Diwarta Jenayah Syariah Di Terengganu

01/12/2022
0

KUALA TERENGGANU : Amalan perbomohan dan sihir merupakan antara empat seksyen baharu yang diwujudkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)...

Siapa Kenal Minah ‘Pengkid’ Ini Minta DM Amy Search

13/09/2018
0

PENYANYI Amy Search sedang mencari seorang wanita yang dipercayai terlibat dengan penipuan membabitkan pelaburan wang haram. Menurut Amy, wanita itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd