• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Penyamun Larikan Barang Kemas RM750,000 Di Ipoh

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Lima penyamun mengambil masa kurang tiga minit melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM750,000 selepas merompak sebuah kedai emas di Jalan Sultan Iskandar, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian pukul 2.59 petang itu, kesemua mereka bertindak memasuki premis berkenaan dengan memakai topi keledar berpenutup penuh.

“Dua daripada mereka membawa senjata api namun tidak melepaskan tembakan cuma mereka bercakap dalam bahasa Kantonis iaitu ‘cepat-cepat angkat barang’.

“Polis masih menyiasat sama ada rompakan ini dilakukan warga tempatan atau warga asing,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini Rabu.

Beliau berkata pihaknya juga sedang menyiasat jumlah sebenar kerugian yang dialami premis berkenaan.

“Namun siasatan awal mendapati, barang kemas yang berada di kedai itu bernilai lebih RM1 juta dan 75 peratus daripadanya telah dilarikan penyamun terbabit,” katanya.

Sum berkata ketika kejadian sembilan pekerja termasuk seorang pengawal keselamatan berada di dalam premis berkenaan.

“Bagaimanapun, tiada pelanggan berada di dalam kedai itu ketika kejadian. Kesemua pekerja juga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata siasatan akan dilakukan bagi memastikan sama ada senjata yang digunakan suspek merupakan senjata tulen atau tiruan.

Kesemua suspek melarikan diri menggunakan motosikal. – BERNAMA

Tags: perompak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perompak Arah Mangsa ‘Bank-in’ Wang Diburu Polis

Perompak Arah Mangsa ‘Bank-in’ Wang Diburu Polis

08/07/2023
0

JAKARTA – Seorang suri rumah di Sumatera Utara, Indonesia terkejut apabila seorang lelaki memasuki rumahnya untuk merompak, lapor laman berita...

Perompak Larikan Peti Besi, Barang Kemas Lebih RM200,000

Perompak Larikan Peti Besi, Barang Kemas Lebih RM200,000

30/06/2023
0

Kuala Pilah : Dua lelaki memecah masuk rumah di Taman Impian Utama, Jalan Melang di sini, semalam dan melarikan peti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd