Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Serangan Bom Keretapi: Seorang...

PATTANI (selatan Thailand) - Seorang pekerja keretapi maut manakala tiga rakan kerja lain...

GPMS Lancar Tabung Bantu...

KUALA LUMPUR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan melancarkan tabung bantuan bagi...

Izreen Terharu Suami Buat...

PELAKON Izreen Azminda mengakui begitu terkejut apabila menerima sejambak bunga ros pemberian suami...

“Salah Orang, Saya Tiada...

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz...

Lempar ‘Molotov Cocktail’ Akibat Tidak Puas Hati

KAJANG – Insiden rumah seorang Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat di Seksyen 14, Bandar Baru Bangi, dibaling dengan tiga ‘molotov cocktail’ pagi tadi, dipercayai berkaitan kegiatan curi pasir di kawasan itu.

Menurut Pegawai Daerah Hulu Langat, Zulkefli Khalid, kejadian yang menimpa petugasnya dipercayai akibat tidak puas hati dengan tindakan membanteras kegiatan itu, dan mengakui ia adalah antara cabaran yang harus dilalui mereka.

“Ini merupakan kali pertama petugas saya mengalami kejadian sebegitu dan mungkin ianya berkaitan tugasan yang beliau lakukannya.

“Saya harap kejadian ini tidak lagi berulang dan mohon pihak berkuasa lebih prihatin menangani perkara sebegitu,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, mangsa yang enggan dikenali memberitahu ia bukan kali pertama beliau menerima ugutan daripada pihak yang tidak menyenangi tindakannya membanteras kegiatan curi pasir serta memantau struktur bangunan haram di atas tanah milik kerajaan.

Katanya sejak berkhidmat di Pejabat Daerah Hulu Langat lapan bulan lalu, lebih 10 laporan polis telah dibuat berhubung ancaman keselamatan dirinya.

“Saya banyak terlibat dengan tugasan penguatkuasaan berhubung kegiatan curi pasir, tapak sampah haram dan melanggar syarat guna tanah malah ketika menjalankan tugas, ada individu yang bertindak mengugut saya secara lisan di tempat kejadian.


“Bagaimanapun, saya tidak mengendahkan ugutan itu tetapi sejak pertengahan tahun lalu ugutan yang diterima semakin menjadi-jadi menyebabkan saya nekad membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun menyedari kejadian itu semasa keluar daripada rumahnya untuk ke pejabat dan menemui tiga ‘molotov cocktail’ dengan dua daripadanya berada di tempat letak kereta manakala satu lagi di laman rumahnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata dua daripada botol berkenaan telah pecah menyebabkan terdapat kesan kebakaran di lantai tempat letak kereta di rumah mangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori