• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Jatuh Bangunan Selepas Ragut Pelancong

oleh Ahmad Albab
22/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Seorang lelaki maut selepas terjatuh ketika cuba melompat dari bumbung sebuah hotel bajet ke bahagian bumbung sebuah rumah di Lebuh Chulia di sini, semasa cuba melarikan diri selepas meragut seorang pelancong warga asing malam ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam kejadian kira-kira 8.20 malam itu, lelaki berusia 29 tahun dipercayai berasal dari Trong, Perak itu bertindak meragut seorang pelancong wanita yang sedang minum di sebuah kedai di kawasan Lebuh Chulia.

“Selepas meragut telefon bimbit mangsa, lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal ditunggang rakan wanitanya yang menunggu di luar kedai berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata orang ramai yang terdengar jeritan mangsa bertindak mengejar dua suspek terbabit dan mereka terus melarikan diri dengan memecut laju motosikal sebelum kenderaan itu terbabas lalu melanggar tembok di tepi jalan.

Katanya kedua-dua mereka terjatuh sebelum lelaki itu bertindak melarikan diri, bagaimanapun rakan wanitanya berusia 23 tahun berjaya ditahan oleh orang ramai yang berada di situ.

Mior Faridalathrash berkata lelaki itu yang takut ditangkap oleh orang ramai bertindak melarikan diri dengan berlari ke arah sebuah hotel bajet di situ sebelum naik ke tingkat tiga bangunan berkenaan.

“Dia kemudian melompat dari tingkat tiga hotel bajet itu untuk ke bumbung bangunan sebelah sebelum terjatuh. Lelaki berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi,” katanya.

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Katanya wanita yang ditahan itu akan direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Pelancong dari Sepanyol berusia 30-an yang disamun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia turut membuat laporan polis, katanya. – BERNAMA

Tags: peragut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Cedera, Seorang Daripada Peragut Berjaya Ditahan

Peniaga Cedera, Seorang Daripada Peragut Berjaya Ditahan

13/03/2023
0

Kota Bharu : Peniaga kedai runcit cedera selepas diragut dua lelaki di di Jalan Padang Kelochor di sini, kelmarin. Ikuti...

Suspek Kes Ragut Maut Terperosok Bawah Kereta

30/12/2019
0

PUCHONG - Seorang suspek kes ragut maut selepas terperosok bawah kereta dalam kejadian di Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd