• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 148,000 Peminjam Kewangan Mendaftar Dengan AKPK

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 148,000 peminjam telah mendaftar di bawah Program Pengurusan Hutang yang dikendalikan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) setakat Februari lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata penyertaan dalam program itu membolehkan mereka yang menghadapi masalah menguruskan kewangan dibantu dari segi pengiraan pembayaran balik pinjaman dengan mengambil kira profil kedudukan kewangan peminjam.

“AKPK, sebuah anak syarikat Bank Negara Malaysia turut menyediakan khidmat kaunseling dan nasihat kewangan supaya mereka yang menghadapi masalah kewangan dapat menyelesaikan masalah mereka sebelum tindakan undang-undang dikenakan oleh institusi perbankan bagi mendapatkan pembayaran balik pinjaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Jumat Idris (BN-Sepanggar) yang ingin tahu tindakan kementerian terhadap bank tempatan yang enggan menstruktur semula pinjaman bagi mengurangkan bayaran balik hutang perumahan.

Jelas Johari, institusi perbankan perlu memastikan pertimbangan sewajarnya diberikan kepada pelanggan yang gagal membuat bayaran balik pinjaman disebabkan beberapa faktor termasuk kesihatan atau tiada pekerjaan.

Pihak perbankan juga harus menawarkan pelan pembayaran balik bersesuaian dengan komitmen dan situasi semasa pelanggan bagi meringankan beban mereka, katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) sama ada kerajaan bercadang untuk membina lebih banyak rumah untuk disewa memandangkan kos untuk membeli rumah adalah jauh lebih tinggi, Johari berkata ia akan dipertimbangkan untuk mengatasi masalah tersebut terutamanya kepada graduan yang baru mula bekerja. – BERNAMA

Tags: AKPK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Desakan PM Berundur Tak Menyelesaikan Masalah

Next Post

Letak Gambar Shah Rukh Khan, Realiti Negro – Polis

Related Posts

Rancang Kewangan Elak Kegagalan Bayar Hutang

05/04/2018
0

KOTA BHARU - Perancangan kewangan yang betul perlu menjadi keutamaan seluruh rakyat negara ini bagi mengelak terjerumus dalam kemelut kegagalan...

Perancangan Lemah Sebab Utama Masalah Kewangan

30/01/2018
0

KUALA LUMPUR – Perancangan yang lemah dan kos sara hidup tinggi menjadi dua penyebab utama masalah kewangan dialami individu yang...

Next Post

Letak Gambar Shah Rukh Khan, Realiti Negro - Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd