• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 10,000 Rakyat Johor Meriahkan Jamuan Teh Sultan Johor

oleh Ahmad Albab
23/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lebih 10,000 rakyat negeri Johor membanjiri Dataran Bandaraya di sini hari ini bagi menghadiri Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat sempena sambutan Hari Keputeraan dan Hari Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada pukul 3.35 petang itu disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut berangkat menghadiri majlis berkenaan ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam dan anakanda-anakanda baginda yang lain.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Ahli Parlimen Sembrong, serta barisan exco kerajaan negeri turu hadir pada majlis berkenaan.

Pada majlis itu, baginda turut memotong sebilangan daripada 20 jenis kek yang dipersembahkan sebelum diagihkan kepada hadirin.

Pada majlis itu, baginda turut berkenan melancarkan buku mewah berkenaan majlis Kemahkotaan Sultan Johor yang berlangsung tahun lepas, yang diabadikan oleh Jumaah Diraja Johor dan diterbitkan oleh Universiti Teknologi Malaysia.

Sultan Ibrahim turut meluangkan masa melawat Galeri Cenderamata yang menampilkan sebanyak 60 jenis cenderamata.

Orang ramai yang hadir berkesempatan bersalaman dengan baginda sambil menikmati pelbagai juadah yang disediakan termasuk sate dan makanan tradisi Johor sambil dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian kebudayaan pelbagai kaum.

Baginda meluangkan masa selama dua jam bersama rakyat Johor berbilang kaum sebelum berangkat pulang pada 5.12 petang. – BERNAMA

Tags: Sultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd