• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kutipan Tol Secara Elektronik Di LEKAS Sepenuhnya Mulai Esok

oleh Ahmad Albab
01/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya mulai 12 tengah hari esok.

LEKAS dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pengguna yang memasuki enam plaza tol lebuh raya itu, iaitu Kajang Selatan, Semenyih, Pajam, Mantin, Setul dan Ampangan sebelum pukul 12 tengah hari esok, di beri tempoh untuk bayaran tunai semasa keluar dari lebuh raya sehingga pukul 12 tengah malam, 3 Mac.

“Ini selepas mengambil kira para pengguna yang berhenti di kawasan rehat dan rawat atau meletakkan kenderaan dalam tempoh yang lama di kawasan lebuh raya.

LEKAS juga akan mengedarkan sebanyak 50,000 kad Touch ‘n Go secara percuma yang mana pengguna cuma perlu membayar nilai kredit minima berdasarkan kelas kenderaan masing-masing,” kata kenyataan itu.

Bagi melancarkan operasi, kemudahan Lorong Tambah Nilai dan penjualan kad Touch ‘n Go di LEKAS akan beroperasi selama 24 jam serta penempatan kakitangan di lorong bagi membantu mereka yang menghadapi masalah.

Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui kesemua plaza tol bagi melancarkan perjalanan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]MEwGvrWj6NM[/wpdevart_youtube]

Tags: Lebuhraya LEKAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

`Angpow’ Untuk Pengguna Lebuhraya Lekas

02/02/2018
0

KAJANG - Sebanyak 10 pengguna Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas) yang mencatatkan jumlah transaksi tol tertinggi akan menerima ‘Angpow’ berupa...

Muruku, Minuman Percuma Untuk Pengguna Lekas

26/10/2016
0

KUALA LUMPUR - Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) akan mengedarkan minuman berperisa laici dan ‘muruku’ secara percuma kepada pengguna lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd