Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Abdullah Babu: Cipta Rekod...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles KAPTEN Abdullah Babu tidak menyangka perjalanannya dengan helikopter Alouette...

Chong Wei Naik Angin...

KUALA LUMPUR - "(Morten) Frost tidak ada hak menentukan karier saya," tegas pemain...

Malaysia Negara Penting Terbabit...

MILAN (Itali) - Malaysia menjadi antara negara yang berperanan penting dalam Sidang Kemuncak...

Wanita Perlu Kerap Lakukan...

KUANTAN – Golongan wanita diminta melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengetahui keadaan...

Kucing Ketagih Hobi Curi Seluar Dalam Wangi

AUCKLAND — Brigit, si kucing spesies Tonkinese baharu berusia enam tahun, namun kini semakin dikenali warga New Zealand setelah hobinya suka mencuri seluar dalam dan stoking kaki lelaki menjadi berita sensasi.

Pemilik kucing tersebut ialah Sarah Nathan, yang menetap di Hamilton, sebuah tempat di wilayah utara New Zealand menyatakan bahawa Brigit telah melakukan aksi ketagihannya itu dalam enam bulan akhir-akhir ini.

Aksi Brigit itu tentu sahaja membuatkan Sarah pening kepala, yang akhirnya terpaksa mengambil foto kucing dan barang-barang hasil kegiatan licik pencuriannya itu, sebelum memuat naik menerusi media sosial tempatan.

“Betul-betul tidak masuk akal. Inilah hasil penjarahan Brigit dalam dua bulan terakhir. Kami bangun setiap pagi dan… seseorang pasti kehilangan barangan peribadi mereka ini,” kata Sarah melalui akaun Facebooknya itu.

Sarah malah terpaksa tampil secara terbuka menyebarkan surat permohonan maaf dalam peti surat jiran tetangganya, tetapi peliknya tidak ada pula yang mengaku pernah kehilangan seluar dalam atau stoking kaki.

Akhirnya, Sarah mendapatkan bantuan daripada sebuah akhbar harian tempatan terbesar di negara selatan Lautan Pasifik itu, The New Zealand Herald untuk merungkai misteri siapakah pemilik pakaian tersebut.

“Ia betul-betul obsesi. Tidak ada malam yang berlalu tanpa Brigit membawa pulang barang-barang itu. Lagi pula, semuanya milik lelaki. Sangat aneh. Brigit ada selera cita rasa khusus,” ujar Sarah tentang kucing betinanya itu.


Beliau menjelaskan, barang-barang curian itu bahkan berada dalam keadaan bersih wangi, bukan yang berbau sudah dipakai; tetapi kemungkinan besar juga dicuri terus dari ampaian disidai penduduk di luar rumah sendiri.

Wanita ini mengakui Brigit memang sudah diketahui suka mencuri barang-barang sejak dulu. Ia pernah membawa pulang beberapa helai baju dari rumah pemilik Brigit sebelumnya. Namun, kini aksi Brigit semakin menjadi-jadi.

Sarah berharap dapat menemui semula kesemua pemilik barang-barang peribadi berkenaan sebelum dia dan Brigit meninggalkan negara pulau kiwi tersebut untuk berpindah ke negara lain pula selepas ini.

Di negara baharu itu kelak, Sarah berhasrat tinggal di rumah yang lebih besar dibandingkan yang didiaminya ketika ini serta berharap Brigit tidak akan membawa tabiat kebiasaan buruknya itu ke rumah baharunya nanti.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori