• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Keluar Garis Panduan Hadapi Gelombang Panas

oleh Ahmad Albab
30/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menggesa rakyat Malaysia memberi perhatian serius terhadap fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan mengeluarkan beberapa nasihat kepada orang ramai dalam berhadapan dengan fenomena cuaca panas.

Antaranya termasuk mengurangkan aktiviti lasak serta mengelak daripada duduk dalam kenderaan yang tertutup tanpa penghawa dingin.

Berikut nasihat-nasihat yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan kepada orang ramai:

i. Menangguhkan atau menghadkan aktiviti lasak seperti berkayak, berbasikal, marathon, memanjat gunung dan lain-lain aktiviti semasa berlakunya gelombang haba ini sehinggalah keadaan kembali reda.

ii. Sebolehnya elakkan dari berada di luar rumah atau bangunan dan pastikan rumah atau bangunan mempunyai pengudaraan yang mencukupi.

iii. Sekiranya aktiviti luar ini tidak dapat dielakkan, dinasihatkan agar memendekkan tempoh aktiviti tersebut ataupun berehat pada tempoh yang panjang dan mengambil minuman yang banyak pada setiap kali waktu rehat tersebut.

iv. Minum air secukupnya dan minumlah air yang telah dimasak bagi memastikan cecair dalam tubuh adalah mencukupi.

v. Pakai pakaian yang ringan, cerah dan elakkan pakaian berwarna gelap, tebal dan ketat.

vi. Pakailah topi atau payung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas apabila berada di luar rumah atau bangunan.

vii. Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa.

viii. Ketahui tanda-tanda awal kelesuan haba, strok haba dan segera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan. – mynewshub.cc

Tags: KKMstrok haba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd