• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah 1MDB Boleh Diambil Iktibar – Arul Kanda

oleh Ahmad Albab
26/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkata terdapat pengajaran yang boleh diambil iktibar daripada pengalaman syarikat itu.

Beliau merumuskan bahawa semua entiti harus lebih telus dalam pelaporan mereka, perlu mengurangkan hutang yang berlebihan dan risiko yang tinggi dalam pengurusan syarikat.

“Antara pengajaran yang boleh dipelajari daripada pengalaman 1MDB ialah penggunaan hutang yang berlebihan harus dikurangkan.

“Pengambilan beberapa projek yang begitu besar dan kompleks di bawah satu syarikat sahaja juga mungkin perlu dilihat kembali,” katanya dalam rancangan temu bual ‘Business Plus’ terbitan stesen televisyen Astro Awani hari ini.

Beliau berkata syarikat milik kerajaan seperti 1MDB harus berkomunikasi secara berterusan, telus dan terbuka serta perlu menjawab isu yang berkaitan dari awal lagi, iaitu sejak tahun 2009, bukannya mulai 2015.

“Ini adalah apa yang kita boleh pelajari daripada apa yang telah berlaku pada 1MDB. Insyallah, dengan pengajaran tersebut, kami semua dapat mara ke hadapan,” katanya.

Arul Kanda berkata penjualan Edra Global Energy Bhd telah berjaya mengurangkan hutang 1MDB dan ia turut mempunyai lebihan tunai sebanyak RM2.3 bilion untuk meneruskan aktiviti berkaitan infrastruktur Tun Razak Exchange (TRX) dan membayar faedah untuk hutangnya yang lain.

Katanya separuh daripada hutang 1MDB adalah dalam bentuk dolar AS dan jumlah hutang tersebut berubah mengikut kadar tukaran ringgit berbanding mata wang tersebut.

Beliau turut memetik laporan Moody’s Investors Service baru-baru ini bahawa 1MDB tidak pernah menjadi isu sistemik kepada ekonomi negara.

“Selepas penjualan Edra Global Energy Bhd, isu tersebut semakin berkurangan. “1MDB hanyalah sebuah syarikat yang mengalami masalah perniagaan, yang telah dipolitikkan, tetapi ia telah mengambil langkah rasionalisasi untuk mengurangkan beban hutang dan mara ke hadapan,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDBArul Kanda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd