• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Seleweng Dana Kerajaan: Pegawai Kementerian Pertanian Direman

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah mahkamah untuk menahan reman seorang pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kerajaan lebih RM100 juta.

Perintah tahanan reman selama tujuh hari mulai hari ini itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman di sini, hari ini.

Sementara itu, SPRM turut memperoleh perintah mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman seorang pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan dua kontraktor syarikat penganjuran acara selama tujuh hari lagi sehingga 30 Mac selepas tempoh reman tujuh hari sebelum ini berakhir hari ini.

Bagaimanapun dua lagi kontraktor syarikat penganjuran acara dan seorang wanita yang merupakan proksi sebuah syarikat yang turut ditahan reman selama tujuh hari sebelum ini, dibebaskan hari ini dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.

Jumaat lepas, SPRM menahan pegawai KBS itu dan lapan lagi individu, termasuk seorang wanita yang disyaki mendalangi satu sindiket menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta.

Sindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak 2010 dengan menggunakan bahagian kewangan agensi KBS membuat bayaran kepada 14 syarikat kononnya bagi tujuan menjayakan program berkaitan acara sukan. – BERNAMA

Tags: Danapecah amanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

05/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd